Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Thursday, July 29, 2010

Cantik tak ..??


Entry kali ni aku nak story mory pasal my doter, si kakak (Nur A'isyah Nadheerah). Kakak mewarisi kebolehan abahnya, a.k.a laki aku le.. hik hik hik. Depa anak branak pandai melukih. Kalau ikut aku .. isskkk, memang x berbakat langsung. Nak lukih kucing, tetibe jadik pasu bunge ... akekeke

Jadi, untuk memupuk minat melukis ni, abah depa belikan le whiteboard sorang satu. Satu utk kakak, satu untuk abang (Muhammad Amar Nazeer). Tapi si abg sama cam aku ... lukih ntah hape2 .. kuang ... kuang .. kuang.

So, kat bawah ni kakak lukih muka abah & ummienya. Cantik tak ..?:D




Wednesday, May 26, 2010

Tips Mengatasi Bayi Kembong Perut

1) Sendawa
Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:
  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampung punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi.

Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif.

Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Sumber:
http://comelnya.com/ibu-dan-anak/bayi-kembung-perut

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Ke Tadika

sempat posing depan pintu gate, hehehehe

Hari ni hari pertama penggal persekolahan tahun 2010. Tahun ni anak-anak aku sekolah sesi pagi. Sebelum ni depa skolah petang. Oleh kerana si kakak dah 6 tahun dan next year nak masuk darjah satu. So, aku nak train dia bangun pagi. Jadinya, si Amar pon terpaksa le skolah pagi jugak. Susah kalau sorang pagi sorang petang.

Aku yang saspennye si Amar ni. Dia ni susah sket bangun pagi. Tapi seminggu sebelum bukak skolah tu aku ngan abah dia dah bagitau dah, abang kene bangun pagi sebab tahun ni abang sekolah pagi. Dia balas ape tau ..??, "OK ummie", hehehhehe .. saboo je.

Al-hamdulillah, pagi tadi tade le masalah nak kejutkan dia. Si kakak memang senang dikejut, sebab dia memang selalu bangun awal. Tapi depa demand, nak mandi air panas. Huk aloh .. sabo je le. Air panas pon air panas la .. janji nak skolah, ngeh ngeh ngeh ....

Tuesday, December 22, 2009

Didik Anak Hargai Barang Permainan

Ada ibu bapa mengikut apa saja kehendak si anak apabila minta dibelikan barang mainan. Ada juga yang sanggup berhabis ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata memenuhi keperluan anak yang sukakan barang mainan mahal. Ada pula anak yang masih kecil itu langsung tidak tahu menghargai barangan mainan yang dibelikan.

Berikut antara kaedah untuk menangani masalah anak supaya lebih berhemah menyimpan barangan permainan mereka:

# Sediakan bilik khusus untuk menyimpan barangan permainan anak kerana bilik sedemikian menyenangkan anda dan anak berkemas.


# Mengajar anak supaya bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang sudah disepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu perbuatan yang menyeronokkan.


# Anda juga boleh memberikan syarat supaya mereka mengemas kembali permainan selesai bermain. Menyediakan ruang khas untuk bermain juga digalakkan.


# Ajar anak menyimpan barangan permainan mereka menerusi pelbagai cara misalnya mengemas sambil menyanyi.

# Ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak menyimpan barang mainan dengan memberi upah.


# Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Dalam soal menyediakan barangan itu, ia tidak semestinya mahal memadai dengan kemampuan.
Oleh itu, anak tidaklah bereksperimen dengan barangan yang menjadi impian mereka sebaliknya mereka mungkin lebih memahami keadaan diri keluarga seadanya.

#Tanamkan sikap berjimat cermat amat supaya anak lebih tahu erti kesusahan. Katakan kepada anak betapa ada orang yang hidup susah tidak mampu membeli barangan walaupun harganya murah.


# Bermain bersama mereka ertinya, ibu atau ayah dan adik-beradik yang lain bermain bersama anak dalam permainan yang mungkin boleh menguji minda.
Keadaan itu akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sesuatu yang sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang disayangi. Naluri ingin tahu anak-anak akan menjadikan mereka cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran sekali gus kurang menyepah atau merosakkan barangan.

# Jangan merendah-rendahkan anak di depan umum. Secara psikologi, ia mungkin menyebabkan anak-anak berasa rendah diri atau tidak disayangi. Ini mungkin menyebabkan dia melampiaskan rasa marah dengan membuang barangan sesuka hati.
Berkat usaha ibu bapa yang mengajar anak dengan sabar dan lemah lembut, diiringi sifat kasih sayang bakal menjadikan anak seorang yang bijak menghargai.

Sumber : Serikasih.blogspot.com

Wednesday, December 9, 2009

Aktiviti Masa Cuti Sekolah

Cuti skolah dah bermula. *Ekceli dah nak masuk 3 minggu dah pon*. Ntah le, semenjak dua menjak ni tak dan nak updet blog. Al-maklum, tengah bz mempromosikan kedai akak (Kedai Ummie) ... ngeh ngeh ngehh. So, sesape yg lum jenguk kedai saye tu .. jemput2 la singgah ye. Kalau ada yang berkenan di hati sanubari tu, jangan le sesegan nak order ... :D

Sepanjang cuti ni lom ada kesempatan nak bawak anak-anak pi berjalan. Nak survey tiket flight kot2 ada yang murah ke pon tak lagi. Abah depa baru je baik demam, ulser mulut. Si Amar lak ... 2,3 hari lepas eczema dia kene infection ... kat area mulut. Bernanah, ya Allah .. kesian anak bujang aku. Skang ni Al-hamd .. anak ngan apak eh dah beransur sembuh.


So, untuk mengisi masa lapang ni .. aku ajo le anak-anak aku main congkak, kui kui kui. Ye la kan, asik dok ngadap TV pastu main online game je. So, aku pon mengambil inisiatif ajo le depa permainan tradisional. Kang kalau tak diajo ... alamatnye pupus le warisan nenek moyang kita, tak gitu cik non ..?? *perghh ayatt*. kikikiki


OK la .. ni aku ada tepek gambo-gambo anak-anak aku dok main congkak. Si kakak dah terer dah, Amar je .. masa nak susun buah dalam rumah tu .. nak kira sampai tujuh bijik sampai esok pagi pom lom tentu abih .. ahakss.


Saturday, November 21, 2009

Dah Ready Nak Gi Masjid Ni ...

Jeng jeng jeng .. "Abah, kakak ngan amar dah ready nak gi masjid dah ni!". Camtu le dialog anak-anak aku setelah ditranslate kan ke bahasa melayu ... hehehe. Depa ni memang selalu ikut abah depa gi solat berjemaah kat masjid. Kalau weekend, Zuhur ngan Asar pon ikut gak. Masjid pon depan mata je, so senang le.

Si kakak pon aku suruh gak ikut abahnye, bukan ape kalau solat ngan ummienye kat umah .. memain je lebih. Tak konsentrate. Kat masjid abahnye kabo baguih plak, disiplin. Kakak solat kat bahagian jemaah perempuan.

As for me, aku lagi prefer solat kat umah je. Walaupun kaum wanita tidak dilarang solat di masjid, tapi dirumah lebih afdal. Haaa, bila dah balik masjid kang, sessi ngaji plak. Kengkadang abahnye yg ajo, kengkadang aku ... kalau abah ngan ummie sama-sama malas .... mak nek (nenek) depa la yg amik turn .. hiksss. :D



Sunday, November 15, 2009

Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil Tadika Nurul Iman

Pagi tadi aku ngan my mak mertua pegi majlis penyampaian hadiah & sijil Tadika Nurul Iman, Kuching. Oleh kerana abah depa ni ada conference kat KK, maka mak mer la tolong temankan, hik hik hik :D. Anak-anak aku, Amar ngan Aisyah ada amik bahagian, nyanyi nasyid 'Demi Masa' dari kumpulan Raihan. Amar dipilih untuk baca surah Al-Asr.

Al-hamdulillah, anak-anak aku buleh dikatakan cemerlang dalam pelajaran mereka. Amar dapat no. 1, Aisyah pulak dapat no.3. Dapat piala ngan stationary. Kemain seronok lagi bebudak berdua tu. Jadi kalau nak nengok gambar-gambar, video Amar ngan Aisyah nyanyi nasyid tu .... usya2 la kat FB gue, hiksss.

Insya-Allah, next year aku target dua-dua dapat no.1. Kengkawan doakan ye ;)


Saturday, November 7, 2009

Awasi Anak dari Ketagihan Internet

Minggu peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.

Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.
Kini dengan pelbagai laman web yang boleh dilayari secara percuma serta menghiburkan, telah melekakan dan menjadi ketagihan golongan remaja.

Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.
Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan.

Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.
Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata, masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.

Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk mengatasi dan membendung masalah tersebut.
Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.

Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet . Mengapa jadi begitu? Ini kerana sistem komputer mampu dimiliki dan talian Internet mudah disediakan oleh sesiapa di rumah. Keputusan ibu bapa untuk membeli komputer dan menghubungkannya ke Internet biasanya untuk kebaikan anak mereka. Internet memberi pelbagai manfaat yang meluaskan pengetahuan dan sebagai alat komunikasi.

Kebelakangan ini, terdapat banyak kes dilaporkan di seluruh dunia berkaitan pengintipan dan gangguan siber terhadap kanak-kanak. Ini boleh dielakkan jika kanak-kanak sedar tentang selok belok kegiatan sedemikian dan cara pencegahan, termasuk perbualan selamat, pertemuan dengan orang asing dan sebagainya.
Ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar anak mereka tentang keselamatan, bahaya dan bersikap bertanggungjawab dalam dunia siber.

Oleh : Sadatul Mahiran Rosli
Sumber :
Utusan Malaysia

Wednesday, November 4, 2009

Rangsang Minda Bayi Anda

Ada ibu bapa merungut mengenai anak mereka yang lambat bercakap, berjalan atau meniarap sedangkan mereka sendiri jarang melatih bayi untuk lebih aktif. Proses tumbesaran bayi lazimnya melalui satu aspek normal dan bertahap.

Sebagai ibu bapa pula, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merangsang minda si kecil atau membentuk proses perkembangannya dari segi pembentukan otot atau psikomotor.

Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan mereka yang baru bergelar ibu atau bapa.

# Mengecat atau menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna terang dan pelbagai corak menarik.

# Menggantungkan alat permainan ataupun barangan berbunyi dan bergerak pada katil tidur dan kereta sorongnya. Selok-eloknya, ia digantung pada jarak yang dapat dicapai bayi.

# Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri.

# Membawa atau mendukung bayi untuk melihat sekeliling rumah sambil menunjukkan pelbagai benda yang ada di dalam dan di luar rumah. Ibu atau ayah juga boleh menyebut benda yang dilihat secara menyanyikannya.

# Sentiasa bercakap dengan bayi dengan memperkenalkan asas bahasa.

#Nada suara perlu ditukar mengikut suasana atau aktiviti dilakukan. Percakapan dengan bayi elok dibuat ketika mandi, memberi minum, menukar lampin atau menidurkannya.

#Lebih baik apabila diberitahu setiap apa yang dilakukan kepadanya. Contohnya: "Sayang sudah basah, mari ibu salinkan lampin."

# Memberi reaksi kepada usaha bayi untuk berkomunikasi dengan si ibu atau ayah. Ketika berkomunikasi, gunakan bahasa yang lembut dan pandang wajahnya dengan penuh kasih sayang.

# Apabila bayi sudah dapat mengacah, lihat dan dengar dengan penuh minat. Apabila dia berhenti, si ibu boleh membalas dan ajak dia terus berkomunikasi sama ada bertanya kepadanya atau meniru bunyi yang dikeluarkannya.

# Bermain sambil merangsang panca inderanya seperti mengusap jari kaki atau tangannya pada barang seperti ais, air suam kuku, plastik, kain bulu dan kertas.

# Bermain dengan tangannya sambil menyentuh tangannya pada hidung, mulut, mata ataupun telinga di samping menyentuh panca inderanya sendiri.

# Mengajar bayi mengira dengan memegang jarinya dan hitung. Sewaktu mendukungnya menaiki tangga, kira bilangan anak tangga dengan kuat.

# Meletakkan bayi pada tempat yang membolehkan dia melihat ibu, ayah ataupun ahli keluarganya melakukan aktiviti harian seperti solat, berkebun atau memasak.

# Merangsang deria baunya dengan menghidukannya pelbagai jenis bauan contohnya, membawa bayi mengelilingi taman bunga atau mendengar deruan ombak, angin dan bunyian haiwan.

#Bagi umat Islam, boleh memperdengarkan pelbagai jenis alunan seperti bacaan al-Quran, zikir dan suara ibu atau ayahnya membaca al-Quran.

Sumber : Harian Metro

Friday, October 16, 2009

Cara-Cara Nak Suruh Baby Berhenti Menangis


Para Ayah/ abah/ papa / daddy / abi, buleh practice nih .... :D


Friday, September 11, 2009

Teruskan Menyusu Badan Walaupun Di Bulan Puasa

KEUPAYAAN untuk melahirkan anak dan menyusu badan adalah kelebihan yang ada pada setiap wanita. Susu badan merupakan sumber yang paling berkhasiat untuk bayi.

Bagaimanapun apabila tiba bulan Ramadan, ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu mereka masih lagi memiliki khasiat yang sama.

Antara persoalan yang ada dalam diri ibu yang berpuasa ialah sama ada pengambilan makanan yang kurang akan memberi kesan kepada kualiti dan jumlah susu mereka.

Adakah kekurangan air semasa waktu siang mengubah susu mereka, susu berkurangan dan menyebabkan bayi kelaparan? Adakah saya perlu berhenti menyusu badan dalam bulan Ramadan dan bertukar kepada rumusan bayi? Jika soalan-soalan ini ditanya kepada perunding pediatrik dan perunding laktasi, Dr. Koe Swee Lee, jawapannya adalah "tidak".

Tidak memberi kesan

Menurut Dr. Swee Lee, berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak memberi kesan langsung kepada kualiti atau jumlah susu badan ibu melainkan jika si ibu mengalami malnutrisi atau ketidakseimbangan makanan yang jarang berlaku di Malaysia.

"Badan ibu mempunyai simpanan nutrien yang cukup untuk susu badan," katanya. Beliau menambah, walaupun kekurangan air boleh memberi kesan kepada susu ibu kerana tidak minum air semasa berpuasa, ia tidak mempengaruhi susu badan.

"Kebanyakan wanita bukan kekurangan air walaupun mereka mungkin terasa dahaga semasa berpuasa. Apabila tidak minum air kerana puasa, tubuh secara automatik tidak menghasilkan urin dan peluh yang banyak untuk mengekalkan cecair dalam badan.

"Tidak perlu risau masalah kekurangan air semasa berpuasa melainkan anda menjalankan aktiviti memerlukan tenaga yang menyebabkan anda kehilangan air yang banyak," katanya.

Sebenarnya pengambilan makanan tidak memberi kesan yang besar kepada pengeluaran susu badan. Jumlah susu badan yang dihasilkan sebenarnya bergantung kepada berapa banyak yang bayi menyusu dan perlukan.

"Apabila bayi mula menghisap puting ibu, satu deria rasa akan ke otak ibu. Otak kemudiannya melepaskan dua jenis hormon - prolaktin iaitu hormon pengeluaran susu dan oksitosin hormon yang membolehkan pengaliran susu.

"Secara ringkasnya lebih banyak susu yang diperlukan oleh bayi, lebih banyak mereka menyusu dan lebih banyak susu akan dikeluarkan," jelas Dr. Swee Lee.

Oleh itu, seorang ibu boleh memenuhi kewajipan berpuasa dan pada masa yang sama memastikan si manja mendapat khasiat yang secukupnya daripada susu badan.

Jangan berhenti menyusu

"Mungkin ada ibu yang mahu berhenti menyusu badan semasa berpuasa kerana merasakan tubuh mereka tidak dapat menanggung kedua-dua beban pada masa yang sama. Nasihat saya ialah ibu patut meneruskan penyusuan semasa berpuasa walaupun keputusan tersebut bergantung sepenuhnya kepada mereka.

"Jika ibu merasa badannya letih kerana berpuasa dan menyusu pada masa yang sama, saya cadangkan agar mereka berpuasa selang sehari atau tidak berpuasa. Penyusuan badan patut diteruskan," katanya. Ini kerana pengeluaran susu badan bukanlah sesuatu yang boleh dihentikan dan dimulakan semula oleh ibu sesuka hati.

Beliau menjelaskan bahawa apabila bayi berhenti menyusu selama sebulan dan bertukar kepada rumusan bayi, mereka mungkin tidak mahu lagi menyusu susu badan. Tubuh ibu pula akhirnya akan berhenti menghasilkan susu kerana tiada lagi susu yang dikeluarkan. Oleh itu sekiranya ibu mahu kembali menyusu badan selepas bulan puasa, ibu mungkin ketiadaan susu untuk bayinya.

Sesetengah ibu mungkin merasakan berhenti menyusu untuk anak mereka adalah baik kerana mereka tidak boleh menyusu bayi mereka terlalu lama. Walau bagaimanapun para pakar berpendapat mereka wajar meneruskan penyusuan.

"Susu ibu adalah nutrien terbaik untuk bayi dan tidak boleh diganti oleh sumber lain. Melalui penyusuan badan, bayi mendapat perkembangan fizikal dan mental yang sihat, sokongan emosi yang penuh kasih sayang dan antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan.

"Dengan susu badan, bayi tidak memerlukan sebarang susu lain, laktogen, puting atau air. Semuanya ini disediakan secukupnya dalam susu ibu," jelas Dr Koe. Menghentikan penyusuan badan semasa bulan puasa bermakna bayi tidak mendapat kebaikan semula jadi yang diperlukan untuk membesar secara menyeluruh dan dilindungi daripada penyakit.

"Tidak wajar untuk berbuat demikian. Menggantikan susu badan dengan rumusan bayi adalah seumpama menggantikan buah pinggang anda yang sihat dengan buah pinggang tiruan," jelas pakar laktasi ini.

Bukan sahaja kesihatan bayi terjejas, malah ibu juga turut terjejas jika mereka berhenti menyusu badan serta-merta. Salah satu masalah yang mungkin dihadapi oleh ibu ialah pembesaran payudara atau bengkak. Ini berlaku apabila badan ibu mengeluarkan susu seperti biasa tetapi tidak dikeluarkan. Susu baru yang dibekalkan ke payudara akhirnya menyebabkan urat-urat membesar.

"Bengkak boleh menyebabkan jangkitan payu dara yang dikenali sebagai mastitis. Kadang kala ia menyebabkan pembentukan nanah dan bengkak nanah payudara (tisu di kawasan jangkitan mengeras yang menyebabkan sakit dan simptom seperti selesema)," katanya memberi amaran.

Menyusu badan adalah masa untuk mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Menyusu badan menggalakkan pelepasan oksitosin, yang juga dipanggil 'hormon kasih'. Dalam erti kata lain, ibu yang menyusu akan menikmati perasaan kasih sayang terhadap bayi mereka. Bayi pula akan merasa selamat dan terbelai oleh ibu mereka.

Jika ibu berhenti menyusu walaupun pada bulan Ramadan, bayi mungkin kehilangan minat untuk menyusu badan. Oleh itu saat-saat hubungan ibu dan anak ini mungkin hilang begitu sahaja. Walaupun berpuasa tidak memberi kesan secara langsung kepada amalan penyusuan oleh ibu, informasi, sokongan dan keyakinan boleh membantu.

Akhir sekali, perunding laktasi ini menggalakkan para ibu bahawa sekiranya mereka mempunyai keyakinan diri dan keazaman untuk menyusu badan, mereka akan dapat memberikan khasiat yang secukupnya kepada bayi mereka.

"Paling penting sekali ialah untuk memastikan penghasilan susu yang cukup semasa bulan puasa, ibu perlu meneruskan penyusuan badan untuk mengekalkan pengeluaran susu," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Saturday, August 29, 2009

Menangani Anak Hiperaktif

Kanak-kanak lasak, sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.

Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa. Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD).

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.


Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik. Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.

* Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.

* Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda labelkan.

* Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

* Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

* Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.

* Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.

* Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif, agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.


Sumber: Serikasih.blogspot.com

Saturday, August 22, 2009

Tip Ibu Bapa - Kucup Anak Setiap Hari

Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga. Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.
Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

# Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.


# Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan

# Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.


# Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.


# Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.


# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.


# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.


# Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.


# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.


# Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.


# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.


# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.


# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


# Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.


Sumber: Serikasih.blogspot.com

Tuesday, August 11, 2009

Membantu Anak Bertutur

Walaupun telah memasuki umur dua tahun, namun anak anda masih tidak boleh bertutur dengan jelas. Perkara tersebut, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa pula sering membandingkan kebolehan anak sendiri dengan anak orang lain.

Sedangkan, pada hakikatnya, kanak-kanak membesar melalui fasa yang berbeza di antara kanak-kanak seusia dengannya.
Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembap jika si anak lebih lambat memperoleh kemahiran bertutur, membaca, bergaul dan berdikari berbanding dengan kanak-kanak lain.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak berasa bimbang tentang prestasi intelek anak-anak mereka walaupun si anak memang lembap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Kadangkala, persekitaran dan cara ibu bapa yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak-kanak lembap dari segi pencapaian bahasa, kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti.

Justeru, anda boleh mencuba beberapa tip yang boleh membantu anak-anak bertutur dengan cepat:


* Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari dalam perut atau ketika usia mereka masih bayi lagi.


* Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan ayat lain supaya anak mendapat peluang untuk memberi tindak balas.

* Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

* Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.


* Sediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.


* Dedahkan anak-anak dengan interaksi sosial. Ini kerana dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak untuk mendengar perbualan.


* Banyakkan aktiviti seharian. Ini kerana ia dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa, antaranya mengemukakan soalan atau arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap dengannya.


* Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas, bantu mereka menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut oleh anak.

* Amalkan bercerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.


* Bagi yang beragama Islam, berikan anak anda minum air zam-zam atau air daripada bacaan surah Yasin.


Sumber:
Serikasih.blogspot.com

Tuesday, August 4, 2009

Contohi Luqman Al-Hakim Dalam Mendidik Anak

Seorang Muslim sewajarnya menjadikan kampung akhirat sebagai matlamat utama. Jangan kita hanya meletakkan dunia dan gemerlapannya di lubuk hati. Dunia hanya sebagai batu loncatan untuk mencapai nikmat syurga yang abadi. Justeru, janganlah kita hanya duduk bersantai menanti waktu berlalu apalagi ditipu ilusi dunia.

Firman Allah yang bermaksud, "Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan dari Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu". (Al-Hadid: 20)

Ibnu Kathir berkata, Allah membuat misalan di dunia sebagai keindahan yang fana dan nikmat yang akan sirna, iaitu seperti tanaman yang disiram hujan selepas kemarau panjang sehingga tumbuhlah tanaman yang menakjubkan petani, seperti takjubnya orang kafir terhadap dunia. Namun tidak lama kemudian tanaman-tanaman tersebut menguning dan akhirnya kering dan hancur. Perbandingan ini mengisyaratkan bahawa dunia akan hancur dan digantikan oleh akhirat. Lalu Allah mengingatkan tentangnya dan menganjurkan kita berbuat baik. Sesungguhnya pendidikan anak-anak termasuk salah satu daripada unsur keluarga.

Pendidikan dapat menyelamatkan diri kita di dunia dan akhirat. Anak-anak bagi ibu bapa adalah penyeri rumah tangga yang amat menyenangkan.
Selain itu, anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa. Sebab itu, mereka tidak boleh disia-siakan. Anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Wajib bagi orang tua menentukan supaya mereka tidak menyimpang daripada jalan lurus di dalam Islam. Selain itu, anak yang soleh menjadi pelaburan kepada para ibu bapa.

Tuntutan ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud, "Hai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu... (At-Tahrim: 6)
Oleh yang demikian, hendaknya para ibu bapa jangan mensia-siakan umur muda anak-anak mereka. Sebaliknya, berusaha ke arah menjadikan mereka hamba Allah yang taat. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biar dari rebungnya'.

Pengawasan


Jangan biarkan anak-anak tanpa pengawasan terhadap bacaan yang mereka gemar, apa yang mereka
suka saksikan dan aktiviti yang mereka sertai. Kelalaian dalam hal ini bererti mensia-siakan amanah Allah. Ingatlah akibat yang akan menimpa kita dan keluarga jika mensia-siakan agama. Nerakalah balasan bagi orang yang lalai menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.

Balasan seksa neraka Allah dinyatakan menerusi firman-Nya yang bermaksud, "Setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan yang lain supaya mereka merasakan azabnya". (An-Nisa': 56)
Azab neraka yang paling ringan pun amat menyakitkan. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, "Penduduk negara yang paling azabnya ialah Abu Talib. Dia memakai dua terompah dari api neraka (yang akibatnya) otak mendidih kerananya". (Muttafaqun alaih)

Menyedari hakikat ini, berikanlah perhatian terhadap tarbiyatul aulad iaitu proses pendidikan anak kita. Al-Quran telah mengulas hal ini menerusi kisah Luqman yang menasihati anaknya. Ia boleh kita teliti dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman.
Dalam surah tersebut, Luqman mula mengajar anaknya dengan menanam kalimat tauhid yang hakikatnya memurnikan ibadat hanya untuk Allah SWT sahaja.

Ini dilanjutkan dengan kewajipan berbakti dan taat kepada ibu bapa selama mana ia tidak menyalahi syariat.
Wasiat berikutnya adalah berkaitan penyemaian keyakinan tentang hari pembalasan, kewajipan menegakkan solat. Seterusnya, amar makruf nahi munkar yang berperanan sebagai faktor penting untuk memperbaiki umat. Luqman juga menyentuh tentang sikap sabar dalam pelaksanannya dan mengalih perhatian kepada adab-adab seharian yang tinggi. Antaranya, larangan memalingkan muka ketika berkomunikasi dengan orang lain kerana ia mencerminkan sikap takbur.

Beliau turut melarang anaknya berjalan dengan bongkak dan sewenang-wenangnya di muka bumi. Sebabnya, Allah tidak menyukai orang yang sombong.
Sebaliknya, anaknya diajar berjalan dengan sedang- tidak terlalu lambat atau terlalu cepat. Nasihat Luqman yang terakhir pula berkait erat dengan perintah merendahkan suara dan tidak berlebih-lebihan dalam berbicara.

Kisah di atas dapat dijadikan tauladan kepada semua pemimpin keluarga. Sesungguhnya keperluan seorang anak terdapat ilmu dan pengetahuan adalah lebih mustahak berbanding yang lain. Jangan pula ibu bapa hanya sekadar mencurahkan kemewahan fizikal semata-mata tanpa diseimbangkan dengan keperluan ukhrawi. Ini bagi menentukan anak-anak menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

Oleh: Hashim Ahmad
Sumber: serikasih.blogspot

Tuesday, July 14, 2009

Hasil Kerja Ai'syah & Amar

Anak-anak aku, setiap kali depa balik sekolah .. ada je la laporan yang nak dicerita kat abah ngan ummie nye. Kawan menangis lah, bergaduh la .... macam-macam hal. Al-maklum, dah nama pon sekolah tadika. Berebut-rebut masing-masing nak jadi juruheboh, hik hik hik .... Kalau ada kertas yang depa buat kat sekolah, balik rumah mesti tunjuk kat abah ngan ummi.


So, ni aku nak tunjuk sket le hasil kerja anak-anak kesayangan aku. Tengok tikus yang Amar kaler tu, ade ke tikus warna biru ...?. Bila aku tanye apsal Amar kaler tikus tu warna biru ... dia jawab apa tau ...... "tikus tu bagitau Amar, suruh Amar kaler dia warna biru. Tikus tu suka warna biru la ummie".. hhmmpphhhh ...... telan air liur aku dibuatnye... akekekeke.


Yang ni plak hasil kerja kakak. Dah pandai melukis dah anak dara aku ni. Dia kate lukisan dia tak cantik, kawan dia lagi cantik. Aku pon bagitau le kat dia .. "Ehh!! mana ada, lukisan kakak lagiiiiii cantik. Sebab kakak lukis cantik la cikgu kasi A kat kakak" .... cik kak tu pon tersenyum-senyum dengo ummie dia puji, hehehhe.

Pada aku, kalau anak-anak buat something yang bagus, tak salah kalau kita berikan pujian & galakan. Malah mende-mende tu sebenarnya menjadikan depa ni lagi bersemangat. Kene pandai psiko beb ;)

Sunday, July 5, 2009

Stimulasi Otak Kanak-Kanak

OTAK adalah organ pertama yang terbina ketika dalam kandungan. Apabila lahir, otak bayi mengandungi sel otak yang berbilion jumlahnya. Ia sentiasa bekerja dan belajar perkara baru. Proses sepanjang hayat ini dipengaruhi faktor luaran dan dalaman.

Walaupun kanak-kanak lahir dengan jumlah sel otak yang banyak, namun banyak juga yang ‘hilang’ selepas dilahirkan. Apabila otak mempelajari sesuatu, sel otak berhubung dan menyimpan maklumat. Dalam tempoh yang lama, sel yang kosong akan terhapus bagi membenarkan sel yang menyimpan maklumat berkembang. Pembentukan penting dalam otak bayi yang sedang membesar bukan saja bergantung kepada faktor genetik tetapi juga pengalaman yang dilaluinya.

Oleh itu, stimulasi otak kanak-kanak perlu dibuat sebanyak mungkin. Misalnya membina kemahiran berbahasa membabitkan membaca dan bercakap dengan kanak-kanak. Stimulasi itu sebenarnya sejak dalam kandungan, bermula dengan pemilihan makanan yang diambil ibu. Nutrisi yang ibu ambil ketika hamil memberi perbezaan besar dalam pembangunan otak. Oleh sebab itu wanita hamil memerlukan makanan berkhasiat.

Kemudian, aktiviti stimulasi itu berubah mengikut tahap perkembangannya. Sebagai contoh, selepas dilahirkan, anda bercakap dengannya walaupun ketika itu bayi tidak boleh membalas kata-kata anda, tetapi otaknya sudah membuat hubungan penting yang mengaitkan perkataan dengan makna. Beri perhatian padanya, jangan biarkan bayi tertekan. Misalnya tercari-cari anda yang membuatkan bayi tertekan dan menangis. Tekanan hanya akan melambatkan pembangunan otak bayi.

Luangkan masa untuk bercakap dengannya walaupun ketika itu bayi masih belum pandai berkata-kata. Buat bayi ketawa, tersenyum dan bercakap dalam pelbagai nada. Lakukan aktiviti bersama. Bacakan bayi buku dengan kuat dan dalam pelbagai nada. Mendengar ibu bapa membaca membantu pembentukan bahasanya. Membaca juga menanam minatnya pada buku.

Begitu juga dengan sentuhan. Sentuhan pada bayi, memberi keselesaan padanya dan menghasilkan persekitaran positif untuk otak mempelajari perkara baru secara berterusan. Apabila anak semakin membesar, deria semakin terbentuk dan dia lebih peka dengan persekitarannya. Dia akan mula mahu bermain dengan objek atau berinteraksi dengan orang lain. Penyelidikan mendapati tahap daya intelek kanak-kanak dipengaruhi jumlah interaksinya dengan ibu bapa.

Pada usia enam bulan ke atas, anak patut diberi peluang meningkatkan kemahiran koordinasinya. Apabila dia merangkak dan cuba berjalan, ia bukan saja membantu anak belajar koordinasi pergerakan kakinya malah menguatkannya. Pada peringkat ini, anda boleh memperbaiki kemahiran kognitif anak dengan memperkenalkan objek di hadapannya dan bercakap mengenainya.

Berbual mengenai pengalaman lepas juga membantu membentuk memori. Lebih banyak pendedahan, lebih banyak pengalaman dipelajari. Misalnya membawa dia ke zoo dan taman permainan atau menghabiskan masa melukis, mewarna atau membuat kraf tangan.

Bagaimanapun, stimulasi yang diberi tidak semestinya membuatkan anak anda menjadi bijak tetapi membantunya mempelajari banyak perkara baru dalam hidupnya. Selain stimulasi yang baik, sebenarnya otak juga terjejas pada stimulasi negatif. Menyaksikan ibu bapa bertengkar, ibu dipukul atau ditengking, drama bersiri atau filem yang penuh cerita pembunuhan atau peperangan malah permainan video yang ganas dan lucah juga memberi kesan pada otak.

Dr Arlne F Harder menerusi Children Affirmation Program menjelaskan, semua yang negatif itu mencipta tekanan yang menyebabkan hormon steroid (cortisol) menekan sistem imun dan melambatkan pertumbuhan fizikal.

Penghasilan cartisol dikaitkan dengan tekanan yang menukar aktiviti otak dan strukturnya. Bahagian yang paling terjejas adalah struktur otak hippocampus dan prefrontal cortex yang berfungsi pada keupayaan mengingati dan belajar selain keupayaan kanak-kanak untuk menterjemah secara tepat dan bertindak balas pada situasi sosialnya.

Justeru, jika anda inginkan otak yang sihat untuk anak, minimumkan pendedahan unsur negatif pada anak. Bertengkar dan saling menengking di hadapan anak-anak akan mencipta pemahaman negatif kepada mereka.

Oleh: Hafizah Iszahanid
Sumber:
Berita Harian

Sunday, June 21, 2009

Jangan Memihak Ketika Anak Bergaduh

Sebagai ibu bapa, anda harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati anak-anak anda

"MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.


Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik d
engan adik beradik sendiri dan saling mempercayai. “Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja.” Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh? Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh, namun bagi mereka itu adalah soal besar. Apatah lagi di kalangan si abang atau kakak, rasa cemburu atau ingin bersaing sentiasa ada dalam diri mereka.

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.


Mengapa mereka bergaduh?


# Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

# Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu ba
pa dengan adik beradik lain.

# Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan. Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

Bagaimana anda menangani pergaduhan anak-anak?

# Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri. Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

# Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

# Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

# Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.


# Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.


# Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.


# Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.


# Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

# Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.


Oleh Hafizah Iszahanid

Sumber :
Berita Harian

Saturday, June 20, 2009

Rumahku, Tadikaku .....

Haa, kali ni aku nak story mori pasal aktiviti anak-anak aku plak. Well, basically, everyday selepas sarapan anak-anak aku akan buat latihan dalam buku aktiviti yang abah & ummie belikan. Ada subjek Math, B. Melayu, English, Jawi dan macam-macam lagi la. Aku tak le depend 100% kat cikgu-cikgu sekolah untuk ajar anak-anak aku. As for me, mak abah adalah cikgu yang terbaik untuk anak-anak.

So, this is workstation anak-anak aku. Tempat depa study la konon-kononnya, heh heh heh. Nampak tak carta-carta yang kalerful tu. Dah macam tadika dah umah aku, tapi aku tak kisah pon. Yang penting anak-anak aku pandai, Al-hamdulillah. Nanti bila anak-anak dah beso, barulah boleh hias umah cecantik. Before this, aku dah buat dah studyroom untuk diorang ni. Tapi diorang tak suka buat keje dalam bilik, suka buat kat ruang tamu. Hmm ... aku ikut je karenah diorang ni. Al-maklum, ibu mithali ... kueng kueng kueng.

Macam ni la almost every day Aisyah ngan Amar buat keje. Kadang-kadang kalau kakak malas, dia tolong adik dia. Kaler-kaler buku, adik dia kasi arahan. Yang ni kaler ape, yang tu kaler ape .. hehehhe ... aku dok perati je dua beradik ni buat keje.

Aisyah paling suka subjek Math. sekarang ni kalau tambah & tolak nombor satu sampai 20 dah pandai dah. Dia kira dalam otak je, takyah tulis kat kertas. Aku ngan abah dia kasi galakan. If dalam minggu ni dia dapat habiskan 1/2 buku, kami akan belikan apa yang dia nak. Amar bila nengok kakak dia dapat hadiah, dia pon nak jugak. Jeles le tu ... hehehhe.

Si Amar ni, dia termasuk dalam golongan insan-insan yang kreatif. Sukati dia je nak kaler warna apa. Tengok le tu, mangga dia kaler warna apa ..?. Aku bagitau la, kan ke mangga warna oren ke, hijau ke. Dia kate, Amar suka warna pink, amar kaler la warna pink. Hmmmphh, sukati la Amar oii .... hiksss

Thursday, June 18, 2009

Belai Bayi Anda

Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang kepada permata hati mereka. Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menghasilkan perasaan kasih sayang yang lebih mendalam di antara anak dengan ibu.

Lantaran perkembangan fizikal dan emosi bayi banyak dipengaruhi oleh hubungan serta interaksi ibu bapa dan anak, maka perlunya ikatan melalui sentuhan kasih sayang. Melalui sentuhan tersebut, bayi akan mula belajar komunikasi dan mengalami perubahan tumbesaran.

Menurut Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai, sentuhan lembut menjadi pemangkin kepada perkembangan bayi. Bayi akan mula mengenali dan memahami sentuhan ibu seawal usia dua bulan lagi. Bagi bayi, sentuhan itu merupakan tanda kasih sayang dan melindungi mereka.

"Pada peringkat bayi merupakan masa yang terbaik untuk menyentuh dan membelai bayi. Jika ibu tidak dapat melakukannya sendiri, ia merupakan satu kerugian kerana mereka tidak dapat membina hubungan yang intim," katanya ketika majlis pelancaran Johnson's Baby Most Loving Moments seiring dengan pengenalan rangkaian produk penjagaan bayi - Johnson's Baby Moisturizing Wash, Baby Lotion dan Baby Cream , baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Anna mengakui ibu bapa kini lebih gemar membeli permainan namun ia sebenarnya tidak sesuai untuk bayi yang berumur empat bulan ke bawah. "Pada peringkat ini, bayi hanya inginkan sentuhan dan wajah ibunya sahaja. Sebagai langkah lain, ibu boleh bercakap dengan anak untuk memberi rangsangan kepada perkembangan sosial. Mungkin ramai ibu bapa tidak perasan dan memahami perkembangan bayi mereka. Secara umumnya, pada peringkat usia sebulan, bayi anda akan mula tersenyum, dua bulan (mula mengeluarkan suara), empat bulan (cuba mencapai ibunya, menatap mata bayi menjadi lama dan bayi bergelak ketawa)," tambahnya.

Reaksi kasih sayang

Bayi tersenyum…
Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada disampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda.

Bayi cuba mencapai ibunya...
BAYI mungkin cuba memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya untuk merapatinya atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu. Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak.

Bayi ketawa...
GELAK pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya kerana ia biasanya merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang yang tersayang. Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda, ianya merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

p/s : IIskk, rasa teringin le pulok nak ada baby, Aisyah ngan Amar pon dah beso. Ngkorang yg baca ni, doakan le yee :D

Sumber : Utusan Malaysia
Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers