Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Pengorbanan Besarkan 11 Anak

MERIAH sungguh kediaman peguam syarie, Noorafizah Abdul Aziz dan kontraktor, Mohd. Rafie Tibek di Selayang Indah, Gombak Selangor pada pagi Sabtu itu. Mana tidaknya, anak-anak pasangan itu yang seramai 11 orang kesemuanya ada di rumah termasuk dua anak perempuan mereka, Nur Afiqah dan Nur Afifah Faizah yang belajar di Kelantan turut pulang bercuti. Namun hari itu pula pembantu rumah mengambil cuti pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga.

Tetapi keluarga besar ini tetap berfungsi seperti biasa, si ibu memasak di dapur sambil dibantu tiga anak gadis remaja, manakala si ayah sibuk menguruskan anak-anak yang kecil.
Kata Noorafizah, 38, dia dan suami tidak pernah pula terfikir hendak berhenti mendapatkan anak lebih-lebih lagi setakat ini kekerapan kehamilan (purata dia tahun sekali) belum lagi disyaki menjejaskan tahap kesihatan dirinya. "Kami ada mendapatkan nasihat doktor tetapi katanya, selagi saya sihat dan mampu menanggung kandungan tidak ada salahnya beranak ramai," katanya yang sedang hamil anak ke-12.

Bagi suaminya, Mohd. Rafie yang merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik, setiap anak yang dikurniakan Allah itu membawa rahmat tersendiri.
"Alhamdulillah, keluarga turut dilimpahi rezeki murah apabila lahirnya anak-anak. Kami sebagai ibu bapa juga mampu memberikan apa yang diperlukan demi masa depan mereka. "Yang kecil dapat dihantar ke tadika, yang masih bersekolah perlu tuisyen, kelas tambahan, kurikulum sementara yang di sekolah menengah dan asrama dengan perbelanjaan tersendiri," katanya.

Ditambah dengan jumlah yuran persekolahan lebih RM2,000 sebulan, keluarga ini perlu membelanjakan kira-kira RM20,000 setiap bulan termasuk pinjaman rumah, ansuran kereta, bil elektrik dan air, yuran tuisyen, lampin pakai buang, susu, duit saku serta kos makan minum seisi keluarga.
"Beras kalau setakat lima kilogram (kg) paling lama tahan seminggu kerana kami sekeluarga selalu makan di rumah. Jika makan luar lagilah tinggi belanja. "Satu lagi, bagusnya budak-budak ini suka makan buah-buahan. Kalau rambutan atau pulasan mesti saya beli empat kilo, sekali 'hadap' saja habis!" kata Mohd. Rafie sambil ketawa.

Kelu lidah dibuatnya mendengar belanja bulanan yang sebegitu besar bagi menampung persekolahan dan makan minum seisi keluarga ini.
Tetapi itu semua dibayar dengan pengorbanan tidak ternilai pasangan suami isteri ini yang juga bijak membuat keputusan apabila tiba soal kewangan di samping mengimbangi kerjaya dan keluarga. Semuanya bermula dengan Noorafizah yang tidak mengenal erti penat dan putus asa meneruskan pengajian sehingga peringkat Ijazah. Beliau berumah tangga pada usia semuda 19 tahun ketika sedang menuntut di Universiti Malaya (UM) dan Mohd. Rafie ketika itu berusia 27 tahun.

"Tapi segalanya tidak mungkin tercapai tanpa bantuan dan sokongan suami yang sanggup bangun di tengah malam untuk membuat susu atau menukar lampin anak-anak. "Bayangkan ketika itu dia terpaksa membasuh lampin yang berlonggok. Terharu melihat pengorbanan suami sehingga begitu sekali," ujarnya.

Sehingga kini, Noorafizah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) UM; Diploma Pentadbiran Undang-Undang dan Kehakiman Islam dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM); Ijazah Sains Bimbingan dan Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Certificate of Mediation dari Australia.
"Ketika di UPM, saya juga banyak mengendalikan kes-kes di waktu pagi kemudian pergi menghadiri kelas antara 3 hingga 6 petang.

"Waktu 6 petang hingga 12 malam saya peruntukkan buat anak-anak, selepas pukul 12 tengah malam adalah waktu mengulang kaji atau menyiapkan kertas tugasan," ujar Noorafizah yang berpengalaman 11 tahun sebagai peguam syarie.
Kecekalan mengharungi cabaran demi menuntut ilmu sambil mengimbangi kerjaya dan tanggung jawab terhadap keluarga (termasuk mengambil ujian sambil berkain batik ketika dalam pantang) turut membakar semangat anak-anak untuk mengejar impian masing-masing.

Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri seperti anak sulung, Nur Afiqah, 18, yang ingin menjejaki kejayaan ibunya sebagai peguam syarie disegani.
"Sebagai anak sulung, saya memang rapat dengan ibu dan lama ingin mendalami ilmu undang-undang Islam. "Selepas tamat pengajian tingkatan enam, saya ingin sekali meneruskan pengajian sama ada di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Universiti Islam Selangor atau UM," katanya yang memperoleh keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kecemerlangan dalam akademik juga melibatkan adik beradik lain seperti anak kedua, Nur Afifah Faizah, 16, yang meminati Matematik dan Fizik serta ingin melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir di samping Nur Alya Adibah, 15, yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Manakala tiga anak lelaki, Muhd. Haziq Afifi, 12; Naqib Islah Afifi (10) dan Anwar Adli Afifi pula sama seperti kanak-kanak lelaki lain yang gemar bermain bola sepak serta mengusik adik-adik mereka yang masih kecil. Tapi jangan mudah tertipu, tiga adik beradik ini sebenarnya juga 'ulat buku' dan kaki belajar sama seperti kakak-kakak lain.

Seperti Haziq yang pandai berbahasa Mandarin kerana belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru dan mahu mengikut jejak bapanya sebagai seorang usahawan.
Sementara Naqib pula mungkin bakal menjadi tahfiz suatu masa nanti kerana bijak menghafal surah-surah Al-Quran serta aktif bernasyid. Lima lagi anak kecil termasuk pasangan kembar, Nur Dini Sumayyah dan Nur Dina Safiyyah, 6, Nur Nadya Qistina, 4, Mumtaz Huwaina, 3, dan Zafira Qaisara, 2, pula menjadi penyeri keluarga tersebut dengan pelbagai gelagat mencuit hati. Pun begitu, mereka pandai menjaga diri seperti membasuh tangan sendiri sebelum dan sesudah makan.

Kata Noorafizah, disebabkan jumlah anak yang ramai, mereka jarang sekali menghadiri majlis atau jemputan kenduri sekali gus sebaliknya membawa dua atau tiga anak mengikut giliran.
"Tetapi budak-budak ini pandai menjaga kelakuan di rumah orang, duduk elok-elok dan makan dengan sopan. "Yang besar akan membantu yang kecil, semuanya akrab dan saling bantu-membantu," katanya sambil tersenyum melihat anak-anak yang sedang menikmati makan tengah hari beramai-ramai di atas 'saprah' seperti sebuah kenduri kecil.

Oleh: Diyana Rose Kamalludeen
Sumber: Utusan Malaysia

P / S: .............. *speechless*, tapi yang pasti, sangat kagum dengan mereka.

Thursday, August 6, 2009

Kasih Sayang Kunci Kesejahteraan Keluarga

Sifat kasih sayang kunci perpaduan manusia. Seorang pemimpin yang bersifat pengasih dan prihatin, menyebabkan rakyat dan pengikut hormat serta menyanjunginya. Seorang ayah penyayang dan prihatin, akan dicintai, disayangi dan dihormati anak dan isterinya.

Demikianlah rahsia kekuatan kasih sayang dalam kehidupan manusia. Kasih sayang akan mendekatkan antara benua, negara dan mengikat tali persaudaraan manusiawi sekalipun berlainan bangsa, agama, budaya, warna kulit serta pangkat.
Kasih sayang juga merupakan kunci kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

Oleh itu, penting kita usahakan supaya disayangi dan sekali gus menyayangi orang lain.
Jika kita seorang anak, usahakan kita disayangi ibu bapa. Jika kita ibu bapa, usahakan anak menyayangi kita. Dengan demikian, akan wujud dalam rumah tangga, orang tua sayang pada anak dan anak sayang pada orang tua.

Bagi pasangan suami isteri, kita mesti berusaha supaya pasangan disayangi dan menyayangi kita. Demikian juga dengan kepemimpinan negara, pendidik, ketua jabatan atau pemimpin masyarakat, perlulah berusaha menyayangi dan disayangi orang di bawah jagaan kita demi menjadi pemacu kesejahteraan sejagat.


Ambillah iktibar bagaimana kasih sayang seekor kucing dan ular seperti diceritakan Imam Malik bin Dinar. Menurut beliau ketika hendak makan, tiba-tiba seekor kucing menyambar sepotong daging daripada pinggannya.
Lalu beliau mengekori ke mana ia dibawa. Rupa-rupanya kucing itu mencampakkan daging berkenaan ke dalam lubang berbatu yang dihuni seekor ular buta yang kelaparan. Renungilah, betapa pengasih dan penyayang haiwan itu walaupun berlainan jenis.

Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Walaupun ada antaranya bersifat ganas, tetapi kasih sayangnya sangat tinggi.
Isu perceraian yang tinggi di kalangan masyarakat Islam memang membimbangkan, kegagalan ibu bapa mengawal tingkah laku jelek anak, peningkatan gejala sosial, kurangnya semangat kejiranan, tidak mengambil berat masalah masyarakat, seakan petanda perasaan kasih sayang dalam masyarakat sudah hilang. Sebagai Muslim dan Mukmin berpegang dengan al-Quran dan sunnah, marilah kita menghayati semangat kasih sayang dan muhibah dalam kehidupan seharian demi mencapai keredaan Allah dan kebahagiaan dunia serta akhirat.

Semangat ditunjukkan kepemimpinan melalui ikrar mereka ketika majlis angkat sumpah, adalah tanda kasih sayang pemimpin untuk berbakti kepada rakyat serta memastikan pengurusan negara yang berkesan. Semoga sumpah mereka akan diterjemahkan melalui tindakan serta gerak kerja yang pastinya menjadi bukti kepada kasih sayang mereka dan usaha ke arah mencari keredaan Allah di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud, "Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat." (Al-Maidah : 89)

Sumber: Serikasih.blogspot.com

Thursday, July 2, 2009

Yey .. Yey, Main Dominoes ...

Anak-anak aku, kalau depa tak main online games, tak study, tak nengok TV, tak main beskal, depa main dominoes. Ala, yang bentuk-bentuk tu. Haaa, abah diorang le yang belikan. Daripada beli mainan yang takde pekdah dan tak membina minda .. baik beli something yang boleh train minda anak-anak ni. *Kata cik abe aku le, mentang2 le keje lecturer ... saboo jek*.

Kadang-kadang aku nak gak belikan Aisyah baby doll, teddy bear, belikan amar kereta racing ke, patung robot ke.... hmmm, hampeh ..... abahnya tak kasi.

Selalunya Aisyah main ngan adik dia .. tapi selalu gak ummie ngan abah enterprem sama. Luangkan masa berkualiti ngan anak-anak weehhh. Hahahahha .... Kitorang selalu main malam la, lepas dinner tu kan ... kalau takde cite best kat TV .. lawan le main anak beranak.

Yang musykil nye ni, yang selalu menang si Amar le. Budak kecik tu bukannye reti main sangat pon. Dia dok sebuk nak nengok buah org lain ... hehhehe. Malam tadi aku main le anak beranak, main 5 game. Aku menang sekali, Aisyah menang sekali .. amar 3 kali tuuuu. Abah depa hampeh tak menang-menang. Ape lagi, aku ngan anak2 pakat gelak la kat abah diorang . akekekekke.


Kalau dua beradik ni je yang main, alamatnye bengkang bengkok le domino tu di susun. Kome tak caye ..?, nengok le kat ateh tu.

Selain dari main domino, ada gak kitorang main game kad Uno. Tapi amar tak berapa pandai sangat main. Dia asyik kalah je, bila dah kalah manjang dia malas dah nak main, pastu kacau orang lain .. pandai budak kecik tu. Other than that, bebudak dua orang ni suka main susun puzzle ... gambo yang senang je, puzzle pon yang saiz beso. Lumba la dua beradik sape yang siap dulu ... biasanya kakak yang menang. Tapi bila kakak dapat hadiah cekelat, dia pon dapat gak ... tak aci!!! hikss ....

Sunday, June 21, 2009

Ayah .... I Lap U ..!!



Ni nak cite la pasal ayah kesayangan ku, heh heh heh. Nama dia En. Othman Abu. Lahir di Melaka pada 3 Julai 1956. So, skang ni umur ayah aku 53 tahun lerr. *Muda lagi tuuu* Dulu berkhidmat di UTM, Skudai Johor. Skang ni dah pencen dah :D. Gambo ni masa umo aku brape bulan ntah ... tak ingat. Masa ni dok kat kg. Baru, KL. Jangan jeles ngan rambut ayah aku weehhhh ... hiksss.

Nampak tak grill kat belakang tu ..?, dulu mana ada grill besi wehh, pakai dawai jee .. kreatip tak ayah aku ..??. *Senyum Bangga*. Kui kui kui ....

Ayah....
pengorbanan mu tidak ternilai,
budi dan jasa mu tidak terbalas,
mendidik menjaga dan membelai,
Kasih sayangmu terpancar jelas ....

P/S : Nak masuk contest fathers day, organized by Mamamanja :D
Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers