skip to main |
skip to sidebar
Hari Sabtu lepas aku pi monthly checkup. Tapi baru ari ni ada masa nak tepek dalam blog ni ha. Al-maklum, bz promote kedai ... hehehhe.
Al-hamdulillah, setakat ni kehamilan aku berjalan lancar. Tekanan darah aku normal, kandungan gula dalam darah pon ok. Berat pon ada naik, biasa la kan ..... adat orang pegnen memang sepatutnya pon naik setiap kali checkup. Tapi harap-harap jangan le naik banyak sangat .... payah nak kuruskan balik nanti, ngeh ngeh ngeh. ;DKengkawan, doakan la aku ye. Semoga kehamilan aku berjalan lancar dan proses bersalin aku nanti pon dipermudahkan Allah swt, amin.
sempat posing depan pintu gate, hehehehe
Hari ni hari pertama penggal persekolahan tahun 2010. Tahun ni anak-anak aku sekolah sesi pagi. Sebelum ni depa skolah petang. Oleh kerana si kakak dah 6 tahun dan next year nak masuk darjah satu. So, aku nak train dia bangun pagi. Jadinya, si Amar pon terpaksa le skolah pagi jugak. Susah kalau sorang pagi sorang petang.Aku yang saspennye si Amar ni. Dia ni susah sket bangun pagi. Tapi seminggu sebelum bukak skolah tu aku ngan abah dia dah bagitau dah, abang kene bangun pagi sebab tahun ni abang sekolah pagi. Dia balas ape tau ..??, "OK ummie", hehehhehe .. saboo je.Al-hamdulillah, pagi tadi tade le masalah nak kejutkan dia. Si kakak memang senang dikejut, sebab dia memang selalu bangun awal. Tapi depa demand, nak mandi air panas. Huk aloh .. sabo je le. Air panas pon air panas la .. janji nak skolah, ngeh ngeh ngeh ....
Ada ibu bapa mengikut apa saja kehendak si anak apabila minta dibelikan barang mainan. Ada juga yang sanggup berhabis ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata memenuhi keperluan anak yang sukakan barang mainan mahal. Ada pula anak yang masih kecil itu langsung tidak tahu menghargai barangan mainan yang dibelikan.
Berikut antara kaedah untuk menangani masalah anak supaya lebih berhemah menyimpan barangan permainan mereka:
# Sediakan bilik khusus untuk menyimpan barangan permainan anak kerana bilik sedemikian menyenangkan anda dan anak berkemas.
# Mengajar anak supaya bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang sudah disepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu perbuatan yang menyeronokkan.
# Anda juga boleh memberikan syarat supaya mereka mengemas kembali permainan selesai bermain. Menyediakan ruang khas untuk bermain juga digalakkan.# Ajar anak menyimpan barangan permainan mereka menerusi pelbagai cara misalnya mengemas sambil menyanyi.
# Ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak menyimpan barang mainan dengan memberi upah.
# Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Dalam soal menyediakan barangan itu, ia tidak semestinya mahal memadai dengan kemampuan. Oleh itu, anak tidaklah bereksperimen dengan barangan yang menjadi impian mereka sebaliknya mereka mungkin lebih memahami keadaan diri keluarga seadanya.
#Tanamkan sikap berjimat cermat amat supaya anak lebih tahu erti kesusahan. Katakan kepada anak betapa ada orang yang hidup susah tidak mampu membeli barangan walaupun harganya murah.
# Bermain bersama mereka ertinya, ibu atau ayah dan adik-beradik yang lain bermain bersama anak dalam permainan yang mungkin boleh menguji minda. Keadaan itu akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sesuatu yang sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang disayangi. Naluri ingin tahu anak-anak akan menjadikan mereka cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran sekali gus kurang menyepah atau merosakkan barangan.
# Jangan merendah-rendahkan anak di depan umum. Secara psikologi, ia mungkin menyebabkan anak-anak berasa rendah diri atau tidak disayangi. Ini mungkin menyebabkan dia melampiaskan rasa marah dengan membuang barangan sesuka hati. Berkat usaha ibu bapa yang mengajar anak dengan sabar dan lemah lembut, diiringi sifat kasih sayang bakal menjadikan anak seorang yang bijak menghargai. Sumber : Serikasih.blogspot.com
Cuti skolah dah bermula. *Ekceli dah nak masuk 3 minggu dah pon*. Ntah le, semenjak dua menjak ni tak dan nak updet blog. Al-maklum, tengah bz mempromosikan kedai akak (Kedai Ummie) ... ngeh ngeh ngehh. So, sesape yg lum jenguk kedai saye tu .. jemput2 la singgah ye. Kalau ada yang berkenan di hati sanubari tu, jangan le sesegan nak order ... :DSepanjang cuti ni lom ada kesempatan nak bawak anak-anak pi berjalan. Nak survey tiket flight kot2 ada yang murah ke pon tak lagi. Abah depa baru je baik demam, ulser mulut. Si Amar lak ... 2,3 hari lepas eczema dia kene infection ... kat area mulut. Bernanah, ya Allah .. kesian anak bujang aku. Skang ni Al-hamd .. anak ngan apak eh dah beransur sembuh.
So, untuk mengisi masa lapang ni .. aku ajo le anak-anak aku main congkak, kui kui kui. Ye la kan, asik dok ngadap TV pastu main online game je. So, aku pon mengambil inisiatif ajo le depa permainan tradisional. Kang kalau tak diajo ... alamatnye pupus le warisan nenek moyang kita, tak gitu cik non ..?? *perghh ayatt*. kikikiki
OK la .. ni aku ada tepek gambo-gambo anak-anak aku dok main congkak. Si kakak dah terer dah, Amar je .. masa nak susun buah dalam rumah tu .. nak kira sampai tujuh bijik sampai esok pagi pom lom tentu abih .. ahakss.
Assalammualaikum wrt wbt .... ni nak kabo le kat kengkawan sume. Ekceli aku dah bukak kedai online. Aku jual pelbagai produk makanan dari Sarawak. Ada kek lapis, perencah laksa sarawak, gula-gula lada hitam, rempah ratus dan berbacam-macam lagi lah.
So, apa kata korang usya-usya kat kedai aku ye. Tengok-tengokle kalau ada yang berkenan di hati, hehehehe. Aku ni baru je setat nak blajo-blajo online business ni, so kalau ada apa-apa yang terkurang ke, tersilap ke .. mintak tunjuk ajar la ye, cheewahh.
Cane nak ke kedai aku ..??, senang je, klik je kat banner atas tu .. kat bawah sekali pon ada. Tak pun klik kat logo tepi ni pon buleh gak. So, jemputlah singgah ye... maceh, macehh.
ALOR SETAR: Seorang ibu berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.15 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini, dipercayai bayi terbesar pernah dilahirkan di negeri ini.
Wanita berkenaan, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, Kedah melahirkan bayinya yang juga anak kelima dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan berkenaan, jam 2 pagi tadi. "Saya mula sakit hendak bersalin jam 10 malam dan suami telah menghantar ke sebuah hospital di Jitra tetapi mereka tidak mahu terima kerana sudah terlewat.
"Oleh itu, saya dibawa ke sini dan akhirnya selamat melahirkan anak kelima kami," katanya di sini hari ini. Aishah berkata sepanjang tempoh kehamilannya, dia langsung tidak berselera untuk menjamah nasi sebaliknya hanya makan buah kedondong dan minum susu sahaja. "Saya makan buah kedondong sebanyak satu kilogram setiap hari serta minum susu. Kalau tidak dapat buah itu, saya jadi marah-marah," katanya.
Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja. "Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat.
Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat," katanya. Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ajen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6. - Bernama
Sumber : Berita Harian
p/s : Gambo kat atas tu, baby tu ngan atuk ngan nenek dia. Pn. Normah ngan En. Ghazali kamal. ;D. Errr, 6 kg ??? gullpp ..*telan air liur sat*
Jeng jeng jeng .. "Abah, kakak ngan amar dah ready nak gi masjid dah ni!". Camtu le dialog anak-anak aku setelah ditranslate kan ke bahasa melayu ... hehehe. Depa ni memang selalu ikut abah depa gi solat berjemaah kat masjid. Kalau weekend, Zuhur ngan Asar pon ikut gak. Masjid pon depan mata je, so senang le.Si kakak pon aku suruh gak ikut abahnye, bukan ape kalau solat ngan ummienye kat umah .. memain je lebih. Tak konsentrate. Kat masjid abahnye kabo baguih plak, disiplin. Kakak solat kat bahagian jemaah perempuan.As for me, aku lagi prefer solat kat umah je. Walaupun kaum wanita tidak dilarang solat di masjid, tapi dirumah lebih afdal. Haaa, bila dah balik masjid kang, sessi ngaji plak. Kengkadang abahnye yg ajo, kengkadang aku ... kalau abah ngan ummie sama-sama malas .... mak nek (nenek) depa la yg amik turn .. hiksss. :D
Pagi tadi aku ngan my mak mertua pegi majlis penyampaian hadiah & sijil Tadika Nurul Iman, Kuching. Oleh kerana abah depa ni ada conference kat KK, maka mak mer la tolong temankan, hik hik hik :D. Anak-anak aku, Amar ngan Aisyah ada amik bahagian, nyanyi nasyid 'Demi Masa' dari kumpulan Raihan. Amar dipilih untuk baca surah Al-Asr.Al-hamdulillah, anak-anak aku buleh dikatakan cemerlang dalam pelajaran mereka. Amar dapat no. 1, Aisyah pulak dapat no.3. Dapat piala ngan stationary. Kemain seronok lagi bebudak berdua tu. Jadi kalau nak nengok gambar-gambar, video Amar ngan Aisyah nyanyi nasyid tu .... usya2 la kat FB gue, hiksss.Insya-Allah, next year aku target dua-dua dapat no.1. Kengkawan doakan ye ;)