Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Petua 8P dari Ustazah Nor Bahyah

1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

6. PERGAULAN : iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN : di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN : iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu ;

1. membaca surah Al-Imran ayat ke-31, atau ;
2. membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Sumber: pakarhowto.com

Wednesday, June 3, 2009

7 Formula Sakinah Jadikan Rumahtangga Kukuh

Hubungan perkahwinan merupakan satu tahap di mana sesebuah perhubungan itu akan berada pada peringkat kritikal. Peringkat ini juga akan menguji pasangan tentang tujuan untuk hidup bersama ; di mana seseorang itu seharusnya disayangi dan juga menyayangi pasangannya. Walau bagaimanapun, hubungan perkahwinan bukanlah hanya satu ukuran tentang sejauh mana sesebuah pasangan itu mampu hidup bersama, malah tentang sejauh mana pasangan itu pula mampu mengukuhkan kasih sayang antara mereka.

Berikut adalah 7 tip yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam mengukuhkan hubungan antara pasangan.

1. Menerima pasangan anda seadanya. Ada masanya pasangan anda akan melakukan kesilapan ataupun tiada di rumah ketika diperlukan. Tiada sesiapa yang sempurna. Anda mahukan pasangan anda untuk memahami anda, begitu juga dengan pasangan anda.

2. Berikan ruang kepada pasangan. Hampir setiap orang memerlukan masa untuk berfikir dan bersendirian. Jangan sekali-kali membebankan pasangan anda dengan hal-hal anak dan kerja-kerja rumah. Ini akan memberi tekanan kepada pasangan anda dan boleh menimbulkan pertelingkahan.

3. Kesanggupan meluangkan masa bersama. Meluangkan masa bersama pasangan dan anak-anak bukanlah satu perkara yang dianggap sebagai satu kebetulan. Hargailah masa yang ada dengan melakukan aktiviti bersama untuk menunjukkan komitmen anda terhadap pasangan dan keluarga.


4. Jadilah seorang pendengar yang baik. Adalah sukar untuk meluahkan sesuatu kepada seseorang, dan akhirnya mendapati temannya tidak dapat menangkap atau memahami masej yang cuba untuk disampaikan. Pasangan anda memerlukan anda untuk mendengar bukan sahaja melalui fizikal semata-mata tetapi juga melalui hati.

5. Berikan penghargaan dan pujian kepada pasangan anda. Ada suami/isteri yang suka dipuji, tetapi usah berlebihan kerana ini akan menimbulkan syak wasangka terhadap pujian yang anda berikan. Memadailah dengan ucapan terima kasih yang disusuli dengan senyuman yang ikhlas.


6. Katakan ” YA ” lebih kerap daripada ” TIDAK ”. Tabiat memberikan respon atau persepsi negatif terhadap pasangan boleh merenggangkan hubungan. Fikir dua kali sebelum mengatakan ” Tidak ” terhadap bantuan yang diminta. Anda akan berasa takjub bagaimana perkataan ” Ya ” mampu merapatkan hubungan anda berdua.


7. Letakkan kepercayaan terhadap pasangan anda. Kepercayaan adalah intipati terhadap kekuatan hubungan perkahwinan. Jika anda berasa ragu-ragu terhadap pasangan anda, seelok-eloknya dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu. Kenalpasti apakah puncanya dan jangan sesekali mengintip pasangan anda dengan keterlaluan hingga menyekat kebebasannya.

Oleh : ABU AMIRAH 08
Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers