Saturday, June 20, 2009

Rumahku, Tadikaku .....

Haa, kali ni aku nak story mori pasal aktiviti anak-anak aku plak. Well, basically, everyday selepas sarapan anak-anak aku akan buat latihan dalam buku aktiviti yang abah & ummie belikan. Ada subjek Math, B. Melayu, English, Jawi dan macam-macam lagi la. Aku tak le depend 100% kat cikgu-cikgu sekolah untuk ajar anak-anak aku. As for me, mak abah adalah cikgu yang terbaik untuk anak-anak.

So, this is workstation anak-anak aku. Tempat depa study la konon-kononnya, heh heh heh. Nampak tak carta-carta yang kalerful tu. Dah macam tadika dah umah aku, tapi aku tak kisah pon. Yang penting anak-anak aku pandai, Al-hamdulillah. Nanti bila anak-anak dah beso, barulah boleh hias umah cecantik. Before this, aku dah buat dah studyroom untuk diorang ni. Tapi diorang tak suka buat keje dalam bilik, suka buat kat ruang tamu. Hmm ... aku ikut je karenah diorang ni. Al-maklum, ibu mithali ... kueng kueng kueng.

Macam ni la almost every day Aisyah ngan Amar buat keje. Kadang-kadang kalau kakak malas, dia tolong adik dia. Kaler-kaler buku, adik dia kasi arahan. Yang ni kaler ape, yang tu kaler ape .. hehehhe ... aku dok perati je dua beradik ni buat keje.

Aisyah paling suka subjek Math. sekarang ni kalau tambah & tolak nombor satu sampai 20 dah pandai dah. Dia kira dalam otak je, takyah tulis kat kertas. Aku ngan abah dia kasi galakan. If dalam minggu ni dia dapat habiskan 1/2 buku, kami akan belikan apa yang dia nak. Amar bila nengok kakak dia dapat hadiah, dia pon nak jugak. Jeles le tu ... hehehhe.

Si Amar ni, dia termasuk dalam golongan insan-insan yang kreatif. Sukati dia je nak kaler warna apa. Tengok le tu, mangga dia kaler warna apa ..?. Aku bagitau la, kan ke mangga warna oren ke, hijau ke. Dia kate, Amar suka warna pink, amar kaler la warna pink. Hmmmphh, sukati la Amar oii .... hiksss

4 comments:

  1. Bestnya diorang ada kerusi, ada meja....
    Bilekah anak2 ku akan dapat yg sebegitu...harap bilik je besar

    ReplyDelete
  2. Bestnye ada study room sdiri..

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Sitisifir10,
    Kalau dah bilik besar .... meja & kerusi pon kene la besar jugak :D

    Mummy Dasy,
    Kat mana-mana pon boleh study, Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  4. Tq datang menjenguk rumah kak ummi. Wah baguslah ada suasana belajar untuk anak2.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers