Showing posts with label Renung-renungkan ...... Show all posts
Showing posts with label Renung-renungkan ...... Show all posts

Monday, March 14, 2011

Islam Larang Ibu Bapa Laknat Anak






















Sering kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan. Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan.

Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis. Memang tugas sebagai ibu di rumah tangga mempunyai tugas yang sangat berat, ibarat pekerja ibu mempunyai jam kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.

Selepas itu dia boleh beristirahat dengan tenang. Sedangkan bagi ibu yang memiliki anak menjaga mereka 24 jam, belum melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya. Aduh kasihan sungguh kaum ibu. Beruntunglah ibu yang suaminya menyediakan pembantu di rumah untuk meringankan tugasnya.

Bagaimana pula apabila suami tidak mampu? Tentu isteri yang perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila ibu keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti ibu tidak dapat kawal emosi.

Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mereka. Biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri saja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini?

Memang apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia ini akan menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan mereka secara tidak sedar menzalimi diri mereka. Kerana itu wajiblah bagi semua Muslim dan juga Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang di perintah-Nya.

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah. Sesungguhnya kita tidak mengetahui bila waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi doa dan di kabulkan.

Dari Jabir bin Abdullah, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi (doa) dan dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu." (HR Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa ada waktu baik yang di dalamnya akan dikabulkan doa. Demikian itu hadis berkenaan melarang kita untuk menyumpah diri, putera-puteri kita dan harta kekayaan kita supaya sumpah itu tidak bertepatan dengan waktu doa itu dikabulkan.

Tetapi sayangnya sebagaimana yang dipaparkan di atas, ramai kaum ibu sebenarnya yang melaknat dan menyumpah anak mereka, tetapi beralasan mereka sebenarnya tidak bermaksud melakukan sedemikian. Sebagaimana kita ketahui, alasan itu tidak dapat diterima kerana larangannya jelas dan tegas. Penulis mendapati pengalaman itu boleh dijadikan ibrah (pelajaran) bersama.

Ada satu cerita di mana ada seorang anak lelaki berusia sembilan tahun tersambar petir. Maka ramailah orang datang untuk melihatnya. Tidak lama kemudian datanglah seorang ibu yang menangis teresak-esak dan menjerit kerana tidak mendapat tahu anaknya sudah meninggal dunia.

Selepas beberapa waktu, rupanya kematian anaknya itu adalah akibat dari sumpah ibunya sendiri yang ketika itu sedang marah yang menyumpah agar anaknya disambar petir.Akhirnya sumpahnya itu dikabulkan Allah dan ibu berkenaan terlalu menyesal. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Sungguh menyedihkan apabila seseorang jauh dari nilai agama sehingga membuatkan diri mereka terjerumus melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya. Semoga Allah membimbing kita semua serta mengampuni segala dosa kita.

Sebenarnya banyak tip yang boleh di pelajari oleh ibu agar mereka mampu boleh mengawal emosi ketika marah. Antaranya:

1. Ketika ibu marah, ingatlah bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah bahawa anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.

Kita juga dulunya anak yang nakal dan menyakitkan orang tua kita.

2. Tarik nafas dalam-dalam dan santai (relaks).

3. Bila kedua-dua cara di atas belum boleh menguasai emosi segeralah beristighfar. Apabila ingin meninggikan suara maka lakukanlah sehingga anak mendengar suara kita.

4. Seseorang akan mudah marah akibat keletihan. Maka jangan memaksa diri dalam melakukan pekerjaan rumah sebaiknya tidurlah segera ketika anak tidur. Berbincanglah dengan suami berkenaan cara dan kaedah selain bacalah buku sebagai panduan.

5. Jangan lupa berdoalah kepada Allah agar hati ibu dalam genggaman-Nya. Insya-Allah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak kita ketika marah.

Sumber : Srikasih
kredit gambar : Di sini


Tuesday, August 10, 2010

Jom Rebut ..!!!!!!

Al-hamdulillah .... dapat jugak aku menyambut Ramadhan buat yang kesekian kalinya. Mungkin Ramadhan tahun ini agak mencabar, maklumlah ... dengan kehadiran 'orang baru' yang menyusu badan, mungkin keletihan tu lebih sedikit. Tapi Insya-Allah, jika kita ikhlas & redha .. pasti Allah swt akan mudahkan segala urusan.

Jadi .. di bulan yang suci dan penuh berkah ni, aku menyeru pada diri aku sendiri .. serta kengkawan yang dikasihi sekalian, sama-sama lah kita merebut peluang & ganjaran yang Allah swt telah janjikan. Setiap amal perbuatan yang kita lakukan di bulan mulia ini, akan digandakan beribu kali ganda.

Sementara kita sihat, sementara kita muda, sementara kita bertenaga, sementara kita diberi kelapangan masa .. sementara kita masih bernyawa... maka rebutlah, ambillah peluang sebanyak-banyak nya. Setelah 11 bulan kita lebih tertumpu pada urusan dunia, maka bulan Ramadhan menjadi titik tolak untuk kita memperbaiki mutu & kualiti ibadah kita, Insya-Allah.

Sunday, October 18, 2009

Faedah Menundukkan Pandangan

Imam Ibnul Qayyim Al-jauziyyah telah menulis beberapa faedah menundukkan pandangan dalam kitabnya berjudul Raudhatul Muhibbun wa Nuzhatul Mustaqin. Tercantum pula dalam kitab Fiqh An-Nadhr karangan Al-Mundziri. Berikut adalah beberapa faedah menundukkan pandangan yang dipetik dari kitab-kitab tersebut :
  • Menundukan pandangan bererti menunaikan perintah Allah swt. Tiada manusia yang bahagia di dunia dan akhirat kecuali dengan menunaikan perintah Allah swt.
  • Menundukkan pandangan akan menguatkan hati dan membahagiakannya. Sebagaimana halnya membiarkan pandangan menjadi liar akan melemahkan hati dan membuatnya gelisah.
  • Menundukkan pandangan membuatkan hati selalu bermesraan dengan Allah swt. Sebaliknya, membiarkan pandangan menjadi liar akan memporak-perandakan hati dan fikiran.
  • Menundukkan pandangan akan melepaskan hati dari tawanan syahwat. Sebagaimana kerap dikatakan, "Orang yang tertawan oleh pandangan matanya, maka itulah sebenarnya tawanan".
  • Menundukkan pandangan akan membentengi seseorang itu dari pintu syaitan.
  • Menundukkan pandangan akan mengosongkan hati dari berbagai kemaksiatan.
Wahai kaum muslimin & muslimat, tundukkanlah pandangan matamu. Sedarilah bahawa membiarkan pandangan mata menjadi liar merupakan pintu pertama pembuka jalan yang kelak akan merosakkan tirai kehormatanmu. Ini syariat dan perintah Allah swt.

p/s : Semoga sama-sama dapat manfaat, Insya-Allah .....

Sumber : Petikan dari buku "Rangkaian Kisah-Kisah Bidadari".


Wednesday, August 19, 2009

Hidup = 3 Hari + 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. Dan semoga amalan kita pada hari esok adalah lebik baik dari hari ini

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya.

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata, "setemnya akan dihantar kemudian".

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah swt dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa di dunia juga di akhirat kelak serta sentiasa di dalam rahmat Allah swt.

Sumber: tazkirahs.blogspot.com

Thursday, August 6, 2009

Sedihnyeeee ...

Ni nak cite sket ni, iiskk ..sedih sungguh la. Tadi lepas pi amik ibu mertuaku balik skolah *omak mertua den cekgu skolah* kami singgah sat kat satu kedai jual baju & aksessori orang pompuan. Bukak-bukak je pintu kedai ..... "Setahun, hanya sekali ... merayakan hari yang mulia ini". Adui makkkk .... lagu raye le pulokk!!!. Pose lom setat, dah pikir nak raye ke ??.

Makcik tokey kedai tu plak, dengan mukenye yang berseri-seri sembang le ngan ibu mertuaku, "Dah nak raya dah kita tok ohhh, sik beghasa dah setahun". Translation: " Dah nak raye dah kite ni ye, tak rase pon dah setahun". Pergghh .. memang dah x ingat lain dah makcik ni. Tido malam dah nampak anak bulan syawal dah.

Masya-Allah .... sedih la aku, bukak volume plak dah macam esok nak nyambut raye. Sepatutnya kita muliakan, menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dengan penuh gembira. Tapi skang ni dah lain plak jadinya, dah tak sesabo nak menyambut raye, Astaghfirullah..!!.

Kan ke pada Bulan Ramadhan tu ditutup segala pintu-pintu keburukan, dan pintu kebaikan di buka seluas-luasnya, Rahmat Allah turun mencurah-curah pada bulan yang suci ni. Setiap amal yang kita lakukan pahalanya akan digandakan oleh Allah swt. Tapi kenapa aku tgk la ni org dah macam x suke bila tiba bulan mulia ni...?? Ya Allah ... buka kanlah pintu hati kami ini ya Allah ....

Monday, July 13, 2009

Amalkan Budaya Nasihat

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah saw menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat". Kami berkata,"Bagi siapa wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai". HR Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah saw bermaksud, 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur'. HR Muslim.

Firman Allah swt yang bermaksud, 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui'. (Al-A'raf :62).

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah swt mengingati dengan firmannya yang bermaksud, 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' (Al-Hujurat :12).

Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu. Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya, "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah swt mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud, 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' ( Ali-Imran :103 ).

Sumber: Harian Kosmo

Saturday, May 16, 2009

Sedih .....

Tadi aku pi bookstore ngan anak-anak. Memang selalu aku bawak anak-anak ni pi bookstore, beli buku untuk diorang. Anak aku yang sulung dah nak pandai membaca, so belikan dia story book yang pendek-pendek.

Then, aku terpandang le majalah hiburan yang bertimbun-timbun kat atas rak tu. Ya Allah, nak pengsan aku tengok cover depan salah satu majalah hiburan ni. *walau yang lain pon nak pitam aku nengoknye*. Ada artis perempuan ISLAM, berposing ..... dengan baju nye yang ..., iiskkk .... tak tau la apa nak cakap. Lepas tu ada plak gambo kecik2 menempel kat cover tu. Pesennya sama, skirt pendek, terbelah .. baju jenis yang berkemban.

Astaghfirullah!!. Tak tau la nak digambarkan perasaan aku. Sedih ada, marah ada, kesal, geram dan 1001 macam perasaan lagi la. Kenapa takde satu pihak pun yang mempertikaikan benda-benda mcm ni ye ...?. Yang tukang posing orang islam, yg tukang amik gambo pon orang islam, yang tukang publish, tukang beli, tukang baca sume orang islam belaka. Aku takut satu hari nanti bala Allah swt akan menimpa negara kita ni. Aku rasa dah banyak dah Allah tunjukkan apa akan jadi kalau maksiat semakin berleluasa. Aku takut kita tak tertanggung nanti, na'uzubillah!.

Ya Allah, berikanlah mereka taufik dan hidayahmu. Tunjukkanlah mereka jalan kebenaran. Lindungilah kami dari siksa nerakamu, Ya Allah.

Thursday, May 14, 2009

Solat

Solat adalah satu-satunya perintah yang Allah turunkan direct kepada Baginda saw tanpa perantaraan Jibrail a.s. Dan solat jugalah yang pertama sekali akan ditanya ketika di padang masyar kelak. Jika bagus solatnya maka amalan lain akan turut di hisab, tetapi jika buruk solatnya maka dia akan terus dicampak ke neraka Allah swt. Na’uzubillah.

Apa tujuan kita bersolat ?. Pada saya apabila kita bersolat, kita mengakui bahawa kita ini adalah hamba yang tiada daya kekuatan, hamba yang lemah yang semata-mata mengharapkan bantuan kepada tuannya, iaitu Allah swt. Dengan solat jugalah kita dapat menarik nusrah (bantuan) Allah swt. Seperti firman Allah dalam al-quran yang lebih kurang bunyinya, “Carilah pertolongan dengan sabar dan solat”. Dalam satu ayat yang lain pula, Allah juga berfirman yang lebih kurang bunyinya, “Solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.

Tetapi masalahnya adakah kualiti solat kita hari ini dapat menarik bantuan dari Allah swt ?. Dapatkah solat yang kita kerjakan selama ini mencegah dari perbuatan maksiat dan mungkar ?. Tepuk dada Tanya iman.

Rasulullah saw seorang yang maksum dan telah dijanjikan Allah syurga itupun bersolat sehingga kaki baginda bengkak-bengkak. Apatah lagi kita yang belum tentu ke mana arah tuju kita di sana nanti. Oleh kerana itulah maka kita harus berusaha dan berazam untuk menjadikan solat kita seumpama solat para nabi dan ambia’ a.s. Insya-Allah.

Sabda nabi yang lebih kurang bunyinya, “Penyejuk mataku adalah solat”. Sabda nabi lagi yang lebih kurang bunyinya, “Barangsiapa yang menjaga solatnya, Allah swt akan beri orang itu lima ganjaran, pertama, Allah akan berkati rezekinya, kedua dia akan terlepas dari siksa kubur, ketiga dia akan diberikan buku catatan amalannya dari tangan kanan, keempat dia akan dapat melintasi titian sirat sepantas kilat dan yang terakhir dia akan masuk syurga Allah swt tanpa hisab”.

Menjaga solat di sini bermaksud teliti dalam perbuatan kita dari istinja’, ketika berwudhu’ dan ketika mendirikan solah itu sendiri. Pastikan juga pakaian dan tempat solat bersih dari najis. Itu persiapan dari segi luaran. Dari segi rohani pula hendaklah cuba hadirkan diri kita dalam solat. Berikan sepenuh perhatian terhadap bacaan kita, sentiasa tundukkan pandangan. Sedarlah bahawa kita sedang menyembah Raja kepada segala Raja. Zat yang memegang kekuasaan di langit dan di bumi.

Bagi kaum lelaki pula, hendaklah cuba seboleh mungkin untuk solat secara berjemaah. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, solat berjemaah ganjarannya lebih banyak berbanding solat bersendirian. Rasulullah saw sendiri tidak pernah solat di rumah kecuali solat sunat. Sabda Nabi yang lebih kurang bunyinya, “Barangsiapa yang solat berjemaah tanpa ketinggalan takbir pertama selama 40 hari maka Allah akan memberi dua kelepasan kepadanya, iaitu kelepasan dari api neraka dan dari sifat nifak”.

Sebenarnya apa yang saya coretkan di sini bukanlah 100% lengkap. Masih banyak lagi kekurangan. Apa yang saudari baca adalah sekadar pemahaman dan pendengaran saya hasil dari majlis ilmu yang saya hadiri. Ia lebih kepada peringatan untuk diri saya sendiri, tetapi jika ia dapat memberi serba sedikit manfaat kepada pembaca, Al-hamdulillah.
Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers