Showing posts with label Jalan-Jalan .... Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan .... Show all posts

Friday, February 12, 2010

Sape nak Tiket Murah Pegi Aquaria KLCC ..?


Psstt ... nak tanye ni. Ade ke sesape berminat nak bawak family jenjalan pi Aquaria KLCC ..?. Aku ada buat promotion ticket. Dewasa RM25, kanak-kanak RM20. Valid sampai Disember tahun ni. So, kalau ada yang berminat nak beli .... e-mail le kat aku ye. Bagitau alamat umah/opis ngan kuantiti tiket. (Budak berapa, dewasa berapa). No. akaun nanti aku inform dalam e-mail. Murah ni wehh ..!! :D
ahliahnizam@yahoo.com

p/s : Bilangan tiket adalah terhad. Sape cepat dia dapat !!

Monday, January 25, 2010

Meh Le Baca Sat ...

Jemput Singgah :)


Lama dah tak pos apa2 kat blog aku ni. Dah bersawang2 dah ni haa .. iishh, iish .. iishh. So this time nak kabo le kat kengkawan sume kan ... Insya-Allah hari Sabtu ni (30hb.) aku nak balik kampung ... yey yey .. ngeh ngeh ngeh.

Tapi sebelum balik Melaka (kg aku le tu), aku stay kat KL dua ari. Bawak anak2 bejalan. Si kakak le, sibuk nak pegi aquaria KLCC le, nak gi theme park kat Berjaya tu le. Mana tak, abah depa dah janji, sapa dapat no 1 sampai 3 final exam last year tu ari dapat gi jenjalan mana2 tempat depa nak pi. Haaa, pe lagi .. tuntut janji le tu .... iisshh, bebudak zaman skarang ni.

Jadinya di kesempatan ini, (perghh, cam ucapan selamat hari raye le pulok!) aku nak le meng offer kengkawan sume. Sesapa adik/kakak/makcik yang duk area KL/Selangor/Sepang/Melaka yang nak order produk kat Kedai Ummie, dipersilakan dengan segala hormatnye ini form kat blog Kedai Ummie tu ye.

Nanti buleh le jumpe kat epot ke (LCCT), kat hotel ke (Vistana) tak pon kat Melaka (umah mak aku). Kan ke dah jimat kos pos, tak gitu cik Timah ..? hehehhe. Tapi nak kabo la satu hal, setiap pesanan aku charge RM5, order sikit ke banyak ke sama je charge nya, buleh ..?. Al-maklum Air Asia pon nijam beg letak kat bagasi dah kene charge. Kalau nak compare ngan kos pos laju, murah lagi tu .... :D

Ok la ekk.. mekasih la sudi baca pengumuman / pemberitahuan ni. Jadi, moh le singgah Kedai Ummie, hik hik hik.


Tuesday, September 15, 2009

Hohoho ..... Balik Kampongg ....!!!

Nak kabo ni, esok (Rabu) teman nak balik kg. Kampung teman kat Melaka, bandaraya bersejarah. Lama jugok le teman anak branak lepak kat kampung, sampai 29hb. (Selasa). Al-maklum, rege tiket kapal terbang ni bukan cam rege tiket bas mini kan. Alang-alang dah balik ni, duk le lelama sket.

So, kepada semua kengkawan, teman nak le ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin". Walaupun kita tak pernah bertemu di dunia nyata, tapi ikatan persahabatan tetap membara, cheewahhh .... hikssss.

Bersambung di lain masa dan ketika yeee .. chau chin chauuuuu

P/s : Pada sesiapa yg driving nak balik kg tu, bawak kete elok2. Bior lambat asal selamat, tak gitu. *iklan percuma le pulok* ;)

Sunday, August 9, 2009

Colours Of Terengganu (Part 4)

Haaiii, bertemu lagi kita dalam episod 'Colours of Terenggganu', hehehehe. Ngkorang dah boring ke??, relak arrr, jgn le mareee ;). So, kali ni aku nak tepek gambo masa gi melawat 'Taman Tamadun Islam'. Nengok le ...


Ni signboard dia. Yang kat belakang tu masjid yg ada batu tergantung, kat Palestin tu. Nama dia aku x ingat le pulok.


Yang ni dah kat dalam area taman dah.


Taraaa, Taj Mahal ... cantik kan ??.


Yang ni plak, masjid kat Negara China.


Cube teke, ni masjid apa ?. ;) Macam biasa, ada yang nak tumpang glamer, hik hik hik


Yang ni nama dia, masjid merah kalau tak silap aku. Dekat ngan Taj Mahal. Apa-apa hal ngkorang leh carik kat google la, aku pon x kompom, heheehhehe.


Yang ni masjid .. hmm, ngkorang baca sindri laaa. ahakssss. Err, ada bebudak tompang enterprem sat ;)


Haa, ni la masjid kristal tu.

Sebenonya banyak lagi gambo replika masjid yang ada, tapi takut nanti korang boring plak, banyak bebeno episod nye .. so, aku dengan besar hatinya mengumumkan episod 'Colours of Terengganu' telah tamat. Sekian, harap maklum, kui kui kui.

...... the end

Monday, August 3, 2009

Colours Of Terengganu (Part 3)

This time aku nak tepek gambo-gambo masa gi jenjalan kat Pantai Batu Buruk. Kebetulan masa aku gi tu, ada pertandingan ...... hmm, apekemende ntah nama dia, tapi dalam bahasa mudahnye, lumbe jet ski antara negara, kira international level la ni. Yang hampehnye, masa kitorang sampai tu ... dah abih dah acaranye. Saboooooooooo je le.

Nasib baik la, at the same time tu ATM ada buat pameran TATU. Ada banyak la kenderaan-kenderaan askar yg dipamerkan. So, anak bujang aku excited le nak pi amik gambo. So .... layannnnnnnnnnnnn....


Ni ha, signboard dia. Kome bace le sindri ;)


Cantik kan pantai dia, bersih je.


Huk alohh, x dapat main, posing pon jadi leeeee .....


Yeeehaaaaa, koboi malaya wehh, akekekekeke ;P


Kat sini pon ada jual layang2 gak, mcm2 bentuk, rupe & kaler. Rege pon pelbagai le jugok!


Yang ni pong same. Cume ada model tumpang enterprem, hikssss.


Ni ler, ghupe kete kebalnye. X sempat amik kat kenderaan lain, org ramai bebeno nak amik gambo jugek.


Haa, yang ni dah kat tempat lain dah. Kat Masjid Terapung, kat Teluk Ibai. Ni tempat kedai2 jual cenderahati.


Err, sape buleh translate..?


Yang ni ler masjidnye, cantik kan ?. Kalau x silap aku, nama masjid tu Masjid tg. tengah Zaharah.


to be continue .....

Thursday, July 30, 2009

Colours Of Terengganu (Part 2)

Okeh, untuk part yg ke 2 ni, aku nak tunjuk gambo masa soping2 kat Pasar Payang. Ekceli bukannye soping mende pong, beli kopok ngan kaftan je. Cik abe le yg soping, beli kemeja batik. Kat sini *Kuching* mahal wooooo ....


Ni dari pintu belakang. *kot..??*


Yang ni plak angle jauh sket.


Tadaaa, cantik tak ???. Ni nama dia putu beras. Ala, tu kan ada tulih tu. Rasa dia manis.


Yang ni pon cantik kan ??, kalerfull. Suke la ;). Ni dodol *tu pong ada tulih* ;P


Yang ni telur penyu. Ehh, buleh jual ke ekk, x kene tangkap ke? *musykil*.


Yang ni plak kerepek sagu. Yang ni x plak kaler2 .. hik hik hik.


Haa, yang ni sagun. Masa aku kecik2 dulu selalu makan. Camni gak cara bungkusnye, tak berubah.

Yang ni plak aneka tudung. Aku x beli pong .. yg lerang 60 inci je aku beli ;)


Ni nama dia Bazaar Warisan. Dekat depan pasar payang. Kat sini pong ada jual batik gak. Baru bukak ni.

Yang ni plak perahu tambang. Dekat sebelah pasar payang tu ada jeti. Aku tatau la pegi mana, tapi kat bot tu ada tulis 'Seberang Takir'.

Wednesday, July 29, 2009

Colours Of Terengganu (Part 1)

Ok lah, atas permintaan ramai, (Cheewahhh, cam betull je, hekss) maka aku pon tepek le gambo-gambo masa pi bercuti kat Terengganu tempoh hari. Oleh kerana cik abe aku rajin bebeno ambik gambo, maka gambo pon menjadi banyak ... maka aku akan buat part by part. *Cam telenovela plakss*.

So for the 1st part ni, aku tepek le gambo setat dari epot KL *LCCT*, sampai le kat hotel kitorang. Dah le kene pakai 2 flight *KCH-KL-KT*. Delay plak tu .. setat dari KCH lagi. Takpe le . saboo je le. Ate dah kate tambang murah, toksah le nak banyak songeh plak kan kan kan ...? ;)

Let me introduce all off you, the new pancha sitara, from swak..... akekekeekek.


Ni ler no flight kami.


Ni plak kapal terbangnye. *belon, kate org swak*


Ni ler ghupe epot kat Kuala Terengganu. Cantik kan senibina dia ??


Ni view dari tingkap bilik. Gayet le pulok ..!!!


Yang ni pong angle dari tingkap bilik


Cane bilik dia, OK tak ??. P/S: Yang ni masa baruu je sampai bilik. Tak lama lepas tu, dah takde rupe lagi dah .. dah macam kene tsunami, akekekekeke.


Ni la hotelnya, Felda Residence.


Kitorang stay kat level 14. Tinggi siut.

Tuesday, July 28, 2009

Pengumumang...

Kawe doh kelik doh nih. Gambar-gambar lom sempat tepek kat dalam blog. Kalau mung nak tengok, maghi le ke FB kawe. Al-maklum, balik dari travelling ni, penat tak abih lagi wehhh, ahakssss.

Thursday, July 23, 2009

Pengumuman Penting..!!!!

Woooo .... sabar, sabar .. relek, bawak betenang. Jangan le gabra wehh. Sebenoye tajuk tu sesaje je nak kasik gimmik, heksss. Jangan le marah, ok ..?? Pen merah pen biru, U marah, I lebiu, akekekeke.

Nak kabo ni, setat esok (Jumaat) sampai ari Ahad aku tak dapat meng online kan diri. Pasai apa ..??? hehehhe, pasai aku nak pi bercuti a.k.a holiday. hehehehe. Aku ngan anak-anak termasuk skali le ngan abah depa ni nak gi tganu wehh.


Tiket flight nye dah lama dah book. Masa tu tengah ada promosi, cik abe tu pon rembat lerrr. So, terpaksa la Aisyah ngan Amar 'cuti skolah' 2 ari. Jalan punye pasal .. iisskk, iisskk, iiskk. Kome jangan ikut perangai aku ni tau, hehehehe.

Balik dari holiday nanti aku tepek le gambo-gambo yang menarik ekk.


P/S: Ade sesape nak kirim kopok lekor ke ..?? ;P

Thursday, June 11, 2009

Gi nengok Boye ...

Hari Sabtu lepas, kitorang pegi kat Jong's crocodile farm, kat siburan. Lebih kurang 40 minit dari bandar Kuching. Sesaje je nak berjalan, abah bebudak ni le yang beria bebeno nak gi nengok boyak. *Boyak = buaya, bahasa sarawak*. Anak-anak ikut je plan abah depa ni, hiksss. Aku sebut je nama buaya, eeeiii, geli geleman rasanye. Tapi orang dah ajak kan, so sebagai isteri mithali ... ikut je le. Cheewahhh.

Asik-asik jalan soping je kalau hujung minggu, so pi la tempat yang boombastik sket kali ni. Heh heh heh .... Rupanya bukan setakat boye je ada kat sana, menatang lain pon ada gak. Ada iguana, merak, landak, binturong, ular sawa. Pendek kata macam mini zoo la. So, enjoy the picture :)

Nak masuk kene bayo tiket. Kalau sarawakian, dewasa RM8, bebudak kalau tak silap RM5 kot. Tak prasan plak, abahnye yang bayo. Kalau pelancong, mahal lagi. Tapi rasanya berbaloi lah dengan tiket ... beso tempatnye. Ni ha rupe tiketnye, diikat macam gelang.








Ni ler ghope pintu masuknye. Nampak tak boye menganga tu?, meremang bulu roma I tau, hiksss. Masa kitorang pegi tu, diorang tgh ada buat pengubahsuaian. Tu yg nampak macam messy tu.









Kat sini buaye di beri makan 2 kali sehari. Pukul 11 pagi dengan pukul 3 petang. Haaa, kome nengok le buaye sambar daging yang diikat kat tali tu. Iiskk .. ganas betull. tetiba plak aku terpikir, apsal plak kalau lelaki yang gatal @ miang disebut BUAYA ye ..?. Any comments ? :D

Tuesday, June 2, 2009

Balik Kampung .....

Hari Sabtu hari tu aku anak beranak balik kampung hubby aku kat kampung Sessang, Daerah Saratok, Bahagaian Betong, Sarawak. Kpg tu about 5 hours from Kuching. Iiskk .... jenuh jugak le duk dalam kete. 1st half hubby aku drive, then sampai kat R&R Simpang Sri Aman aku plak ganti.

Hehehehe .. aku actually bukan berani sangat pon drive kete hubby aku ni. Ye la, aku selalu drive my lovely car *kancil* je, tapi kalau kat highway, buleh le aku drive honda cik abang tu. Bukan apa, aku rasa kete kecik ni praktikal, nak parking kat space yg kecik pon OK, isi minyak pon tak mahal ... hehehehe.

On the way tu .. punye le banyak kereta. Al-maklum, 1hb. Jun tu Hari Gawai, yang disambut oleh suku kaum Dayak kat Sarawak ni. So, diorang pon on the way nak balik kampung gak. So, kitorang pon sibok gak, tumpang sekaki ... hehehe.

Oh ya, lupa plak nak bagitau, kat Sarawak ni 1 & 2hb. Jun ni adalah cuti umum untuk Hari Gawai. Sebabnye etnik Dayak ni adalah antara kaum majoriti kat sini. Trafik bertambah jam apabila orang yang tak menyambut gawai balik kampung sempena cuti sekolah.

Sepanjang perjalanan tu, kitorang nampak rumah panjang. Tapi kebanyakannya rumah panjang ni didirikan kat tebing-tebing sungai. Sebab masa dulu sungai ni merupakan medium perhubungan yang terpenting. Zaman dulu-dulu mana ada jalan raya daaa ....

One more, sepanjang perjalanan tu .. banyak sungai-sungai yang kitorang lalu, tapi ada jambatan la. Kan muka bumi Sarawak ni terdapat banyak sungai. Yang paling famous, Batang Lupar, tempat Bujang Senang bersemayam, heh heh heh. *batang tu dalam bahasa Iban, maksudnya Sungai*.

Seperkara lagi yang aku nak bagitau, lada hitam merupakan tanaman utama kat Sarawak ni. So, bagi sesiapa yang tak pernah nengok pokok lada hitam macam mana ghopenye, ni la akak nak tunjuk ni ... tengok, jangan tak tengok.

Kitorang bertolak dari Kuching lebih kurang pukul 11 pagi, oleh kerana banyak kereta, campur tolak masa berenti makan, solat .... sampai umah pukul 5 petang. Haaa, mau tak kematu punggung duk dalam kete, tau takpeee ... So, akhirnya sampailah kat umah ibu mertuaku. Al-hamdulillah.
Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers