Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts

Friday, June 11, 2010

Dah 2 bulan


Sedo tak sedo Anis dah 2 bulan dah. Rasanya baru smalam bersalin, hehehe. Well, kali ni aku nak story mory la kronologi aku bersalinkan Anis.

9 April - 9 malam
Lepas dinner aku dah ada rasa contraction sikit2 dah. Walaupun sebelum ni dah rasa, but this time rasa lagi sakit. Tapi aku buleh tahan lagi .. maleh aku nak kabo kat cik abe. Layan Mega Movie ape ke citer dia .'Haunted Mansion' kalau tak silap. Tengok sampai abih .. dalam masa tu contraction masih rasa sekejap2.

10 April - 1.45 pagi
Aku terjaga dari tidur. Tetiba je rasa sakit, aku tgk jam .. kira jarak antara contraction, 30 minit skali. Oh, lama lagi *aku cakap dalam hati*. Pastu ... aku pon bejalan-jalan le keliling bilik tu untuk hilangkan sakit. Cik abe terjaga, tanye dah sakit ke .. nak gi sepital tak ..?

Aku dengan kompomnya cakap kat dia .... ala, nanti ler. Lambat lagi, x rasa sakit sangat. Bukan ape, mengikut pengalaman aku yg sebelum ni ... lama woo nak tunggu full dilation. Dari aku duk tebaring je atas katil, baik aku kat umah.

10 April - 5.30 pagi
Azan subuh berkumandang. Sebelum gi masjid, cik abe tanye lagi, nak gi sepital tak ..?. Aku suruh dia gi masjid dulu, lepas balik kang gi ler sepital. Rasa-rasa ada masa lagi ni, hehehe. Masa aku nak pi amik wudhu' .. aku nampak dah ada blood show. IIskk ... dah dekat ke ni ...? *saspen*. Sebelum2 ni, takde keluar tande apa2 pon, contraction 5 minit skali je teruih pi sepital.

Aku terus mandi .. siap-siap nak pi sepital. Tengah-tengah nak pakai tudung tu, contraction dtg lagi. This time aku dah x dpt tahan dah, cik abe lak lom sampai2. Mak mertua aku pi berlari-lari anak ke masjid, panggil cik abe. *Nasib baik masjid dekat, depan umah je*.

Aku yang kat umah ni dah dalam posisi merangkak dah, ngeh ngeh ngeh, tahan sakit. Pergghh .. sakit wooo. Dari jauh aku dah dengo cik abe berlari. Masuk je umah dia terus amik kunci kete, angkat aku masuk dalam kete.

Pahtu dia pon pecut le .. siap bukak emergency signal lagi. Aku plak, iissh .. tokleh nak citerr .. rasa dah nak terkeluar dah. Berpeluh2 wehh .... Sampai je depan foyer emergency unit, cik abe pon hon bertalu2. Staff yg on duty tu berkejar bwk kusi roda.

Aku pon ditolak ke labor room, cik abe ikut skali. Dok nurse sibuk nak contact aku nyer O&G, aku dah selamat bersalin dah, hehehehe. Dr yg onduty tu kate .. waa, so easy la U bersalin. Ahakss, saboo je.

So, macam tu le kisahnye .. hehhee. Moral of the story, jangan dah sakit betul2 baru nak gi sepital. Nasib baik le sepital dekat. :D


Tuesday, January 19, 2010

Aku Dah Bukak Kedai Wehh :D

Assalammualaikum wrt wbt .... ni nak kabo le kat kengkawan sume. Ekceli aku dah bukak kedai online. Aku jual pelbagai produk makanan dari Sarawak. Ada kek lapis, perencah laksa sarawak, gula-gula lada hitam, rempah ratus dan berbacam-macam lagi lah.

So, apa kata korang usya-usya kat kedai aku ye. Tengok-tengokle kalau ada yang berkenan di hati, hehehehe. Aku ni baru je setat nak blajo-blajo online business ni, so kalau ada apa-apa yang terkurang ke, tersilap ke .. mintak tunjuk ajar la ye, cheewahh.

Cane nak ke kedai aku ..??, senang je, klik je kat banner tepi ni. So, jemputlah singgah ye... maceh, macehh.

Sunday, November 22, 2009

Ibu Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kilogram

ALOR SETAR: Seorang ibu berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.15 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini, dipercayai bayi terbesar pernah dilahirkan di negeri ini.

Wanita berkenaan, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, Kedah melahirkan bayinya yang juga anak kelima dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan berkenaan, jam 2 pagi tadi.
"Saya mula sakit hendak bersalin jam 10 malam dan suami telah menghantar ke sebuah hospital di Jitra tetapi mereka tidak mahu terima kerana sudah terlewat.

"Oleh itu, saya dibawa ke sini dan akhirnya selamat melahirkan anak kelima kami," katanya di sini hari ini.
Aishah berkata sepanjang tempoh kehamilannya, dia langsung tidak berselera untuk menjamah nasi sebaliknya hanya makan buah kedondong dan minum susu sahaja. "Saya makan buah kedondong sebanyak satu kilogram setiap hari serta minum susu. Kalau tidak dapat buah itu, saya jadi marah-marah," katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja.
"Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat.

Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat," katanya.
Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ajen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6. - Bernama

Sumber :
Berita Harian

p/s : Gambo kat atas tu, baby tu ngan atuk ngan nenek dia. Pn. Normah ngan En. Ghazali kamal. ;D. Errr, 6 kg ??? gullpp ..*telan air liur sat*


Wednesday, September 30, 2009

Huk Alohh ..!!!

Alamak aiiii .. dah balik bercuti ni rasa cam MALAS le pulok nak mengupdate blog. Ekceli manyak mende nak cite ni, tapi ntah le ... rasa cam tak rajin je nak menaip. Agaknye mabuk ketupat ngan kuih ghaye tak abih lagi kot, kui ... kui .. kuii....


So, nanti lah ...esok lusa nanti aku tepek gambo & cerita ceriti pasal ghaye ye. Kan ghaye sebulan .. so banyak masa lagi nih, hik hik hik ... Buat masa ni aku tepek dulu gambo lemang ngan kuih ghaye, tapi bukan aku nyer la ... aku rembat sape punye gambo ntah, hahahahaha :D


Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers