Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Merawat Lingkaran Bawah Mata

Sebelum ini anda dah diberitahu sebab-sebab terjadinya lingkaran hitam kat bawah mata, kan? Sekarang saya sambung plak dengan rawatan ataupun petua kecantikan yang boleh anda cuba. Bahannya adalah dari sumber semulajadi. So, selain daripada lebih selamat, efektif dan mudah, anda pun dapat menjimatkan wang :)

Ada 5 cara merawat lingkaran hitam bawah mata kat sini, jadi jom kita sama-sama tengok;


[1] Gunakan sama ada timun, ubi kentang ataupun tomato
Hiris salah satu bahan di atas mengikut tebal yang bersesuaian. Pastikan tak terlalu tebal atau nipis. Kemudian, lekapkan hirisan tu kat mata anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit.
Kebaikannya: Mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah kat bahagian mata. Atau cara alternatifnya; Kisar timun dan balut ekstrak timun tu dengan sehelai kain nipis. Pastikan kain tu betul-betul bersih yer.

Lepas tu, tekap balutan ekstrak timun tadi kat bahagian lingkaran hitam bawah mata untuk beberapa minit.
Selepas tu, bersihkan bahagian mata yang telah ditekap dengan air bersih. Gunakan krim pelembap mata.

[2] Uncang teh

Rendam 2 uncang teh dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekap uncang teh tadi kat mata sekurang-kurangnya 10 minit yer. Sebaik-baiknya gunakan teh chamomile kerana ia bagus untuk kulit. Ataupun boleh gunakan ekstrak pudina segar sebagai alternatif.

[3] Minyak almond
Untuk pengetahuan anda, minyak almond juga baik untuk melembutkan kulit wajah, bebas minyak dan mengurangkan liang-liang pori daripada tersumbat. Caranya: Sapukan minyak almond pada bahagian lingkaran hitam kat bawah mata setiap pagi dan malam. Urutnya dengan lembut yer. Anda juga boleh campurkan minyak almond dengan krim susu kalau mahu :)

[4] Zat besi, vitamin c dan asid folik

Makanan yang mengandungi 3 elemen di atas juga boleh membantu. Pada masa yang sama kurangkan pengambilan makanan bergaram, elakkan minuman berkafein, gula dan minuman beralkohol.
Penting juga, kurangkan merokok dan kalau mampu ... berhentilah merokok. Tak lupa juga, minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari :)

[5] Biji buah berangan

Biji buah berangan merupakan herba yang baik untuk kesihatan dan sudah tentunya membantu melancarkan perjalanan darah di bahagian mata. Anda boleh gunakan biji buah berangan sama ada dalam bentuk serbuk, pil mahupun cecair bagi mengurangkan masalah ni.
Psst...Sebenarnya, pengecutan saluran darah kat bahagian mata dan hidung la yang menyumbangkan terjadinya lingkaran hitam tu. Selamat Mencuba!

Sumber :
petuasejagat.blogspot

Friday, July 31, 2009

Amalkan Minum Air Panas

Melihat air sejuk di dalam gelas memang mengujakan. Terasa sejuk dan nyaman ketika air sejuk membasahi tekak. Apatah lagi ketika cuaca di luar panas terik. Namun, tanpa disedari amalan minum air sejuk selepas makan ini sebenarnya ada kaitan dengan jantung.

Secara logiknya, ada kebenaran di dalam kes ini. Jika diperhatikan, orang-orang Cina dan Jepun mengamalkan meminum air teh panas selepas makan. Berbeza dengan amalan yang selalu kita amalkan. Biasanya hidangan air sejuk dan berais lebih enak dinikmati selepas makan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah amalan yang tidak sihat ini.
Kepada sesiapa yang sering meminum ais, tidak dinafikan kita akan lebih merasai nikmatnya. Namun, ais sebenarnya akan membekukan makanan berminyak yang kita makan. Ia akan memperlahankan proses penghadaman. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran.

Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan lemak terkumpul dan kita akan menjadi semakin gemuk. Kegemukan atau obesiti ini pula boleh membawa kepada pelbagai penyakit bahaya.
Jalan terbaik bagi yang mahu bermula untuk mengubah amalan minum air ais adalah dengan menikmati semangkuk sup panas selepas makan, ataupun untuk lebih menjimatkan bagi mereka yang sering makan di luar, anda boleh cuba mengubahnya dengan cara meminum air panas atau suam setiap kali selepas makan.

Sumber: Serikasih.blogspot.com

P/S : Waaa, nak kene jaga-jaga nih. Buleh la tuko, setat amalkan air suam lepas makan.

Tuesday, July 21, 2009

Petua Untuk Kaum Ibu

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

InsyaAllah...kita hanya berusaha dan Allah swt yg akan tentukan....


Petua dari: Dr. Fatimah Az-Zahra

Sumber: 2dancingprincess.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

Dompet Dengan Gambar Bayi Akan Dipulangkan

BEG duit atau dompet yang mempunyai gambar bayi didalamnya mempunyai peluang untuk dikembalikan oleh orang yang menjumpainya, menurut kajian saintis.

Dalam kajian itu, pengkaji telah menggunakan 240 buah dompet yang kemudiannya diletakkan di jalan Edinburgh, United Kingdom tahun lepas untuk melihat dompet mana yang akan dikembalikan.

Sesetengah dompet diisi dengan gambar bayi, anak anjing, keluarga dan potret orang tua. Terdapat juga dompet yang menyatakan bahawa pemiliknya pernah membuat derma kebajikan dan sebagainya.



Professor Richard Wiseman, ahli psikologi yang mengetuai kajian itu menyatakan 42 peratus daripada dompet itu dipulangkan ke alamat yang tertera didalamnya.

Apa yang menarik ialah dompet dengan gambar bayi yang paling banyak dipulangkan oleh orang yang menjumpainya dengan 88 peratus daripadanya dipulangkan, diikuti dompet dengan gambar anak anjing iaitu 53 peratus. Sebanyak 48 peratus dompet dengan gambar keluarga dipulangkan dan hanya 28 peratus dompet dengan foto orang tua yang dikembalikan.


P/S: As a conclusion, letak le gambo baby ngkorang dalam wallet. Kalau hilang, ada can dapat balik, Insya-Allah .... hehehehe

Sumber: Utusan Malaysia

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers