Showing posts with label Books .... Show all posts
Showing posts with label Books .... Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Detik Kelahiran Si Permata Hati

Once again aku dapat jugak abihkan satu buku yang best ni. Hadiah dari cik abe wehh, hik hik hik. Buku ini memuatkan cerita dan pengalaman ibu-ibu yang melahirkan permata hati mereka dengan pelbagai kaedah. Samada secara semulajadi, induce ataupun pembedahan (caesarean).

Dengan gaya bahasa yang bersahaja, membuatkan aku rasa enjoy bila membacanya. Ada diantara mereka yang tidak menghadapi masalah ketika melahirkan, tetapi ada juga yang berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan. Bagaimanapun itu merupakan 1001 pengalaman pahit manis yang tidak akan dilupakan oleh si ibu ketika melahirkan permata hati mereka.

Selain pengalaman ibu-ibu yang melahirkan anak mereka di dalam negara, terdapat juga ibu-ibu yang menceritakan pengalaman mereka ketika bersalin di luar negara. Dan dari apa yang aku baca, mereka (petugas perubatan) di sana amat menggalakkan proses kelahiran secara semulajadi, tanpa membabitkan bantuan perubatan.

As for me, Insya-Allah pengalaman yang bakal aku lalui untuk kali yang 3 ini membuatkan aku lebih bersedia dan relaks. Dan aku juga bersyukur ketika melahirkan kedua-dua cahayamata ku, aku tidak menghadapai masalah yang rumit. Sakit tu biasa laaaa ...... :D


Wednesday, July 22, 2009

Jom Gi Library

Ari ni aku nak cite pasal library kat depan umah aku. Ekceli library ni dalam bangunan masjid. Takde le beso mane pon, tapi at least ada jugak la kan, dari takde .. huhuhuhu. Kat sini la aku selalu bawak anak-anak lepak-lepak, kalau takde gi memana. Library ni bukak 5 hari seminggu, ari ahad ngan isnin tutup.

Yang ni angle dari pintu masuk


Yang ni koleksi bacaan kanak-kanak


Yang ni plak koleksi buku-buku. Err, abaikan insan yg tgh baca buku tu yee. Sape ntah, saje nak enterprem le tu, hik hik hik.


Yang ni pon koleksi buku gak.


Yang ni plak ruang untuk baca majalah.

Insya-Allah, library ni nanti akan di extend untuk letak pc. Internet pun akan di sambung, so buleh le aku betenet kat library plak nanti. Tak pon, jadik cikgu, ngajo bebudak buat blog, akekekekeke. ;)

Friday, July 17, 2009

Mini Library

Oitt .... kali ni aku nak cite pasal rak-rak buku kat umah aku ni. Hmmm, kira macam mini library la. Ekceli cik abe aku ni suka beli, kumpul & baca buku. Bila dia pi travelling memana, kompom dia beli buku. So, kumpul punya kumpul, beli punya beli ... haa, amik ngko. Dah menimbun-nimbun dah, hekssss.

Yang ni buku campur-campur. Pasal komputer, novel, majalah, buku anak-anak aku termasuk la jugek.


Haa, yang ni plak kitab2 dan buku agama cik abe aku. Bila la dapat khatam sume buku2 tu ye .... Insya-Allah, heh heh heh.

Sebenonye hobi cik abe aku ni menurun daripada arwah bapak mertua aku. So, kemana tumpahnya kuah kari dal kalau tak ke roti canai kan ....?, haaa, gitu la lebih kurang. And skang ni hobi dia plak menurun kat anak-anak dia a.k.a anak-anak aku le jugok ;D


Masa ni aku masuk contest 'Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri Sarawak'. Tahun 2006, Al-hamdulillah, dapat no 3. hehehehe



Yang ni trofinya. Selain trofi dengan sijil, ada la jugak hadiah wang tunai :D


P/S: Kalau nak pinjam, moh le ke umah. Takde register fee pon .. hik hik hik. One more, mende2 yg bukan buku dalam gambo tu .... abaikan je la ekk.

Tuesday, June 23, 2009

Anugerah Buat Ayah Dan Ibu

Hmm .. dalam kesibukan menjalani rutin seharian sebagai surirumah, dan sebagai blogger, hikss ... sempat jugak meluangkan masa baca buku nih. Aku pinjam kat library depan umah aku. Well, membaca ni memang hobi aku sejak sekolah lagi. Tapi genre buku yang aku suka baca masa tu biasa lah, novel cintan cintun .. al-maklum, masa muda rumaja le katekan. *wink*.

Back to the topic, buku ni menceritakan beberapa kisah para ibu tentang kehamilan dan pengalaman bersalin masing-masing. Ada yang baru je sebulan dua nikah dah pregnant, ada yang nikah dah bertahun-tahun baru ada rezeki ... itu semuanya ketentuan Allah swt. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Ada yang tidak mengalami apa-apa alahan sepanjang kehamilan, ada pulak yang mabuk, muntah sampai kene tahan di hospital. IIsk, takut lak aku. Al-hamdulillah, dah 2 kali mengandung ni semuanya OK, takde apa-apa masalah. Dan harap-harap yang no 3 dan seterusnya nanti macam tu lah jugek. :). Insya-Allah . mudah2an.

Ada juga cerita yang melucukan, kes bersalin dalam kete .. masa tengah isik minyak. Haaa, kelam kabut jadinye. Heh .. heh .. heh. Macam mana la agaknye keadaan si suami masa tu ye, kompom panik gilerr ....

Dan dalam 1001 cerita tu, ada juga cerita yang menyedihkan. Ada ibu yang kehilangan anak ketika dalam kandungan, ada juga yang sempat bersama anak yang baru di lahirkan hanya untuk beberapa jam sebelum dijemput Ilahi. Tanpa sedar, air mata ku mengalir, sungguh ...!! naluri keibuan ku benar-benar tersentuh.

Bayangkan, anak yang kita kandung, yang kita nanti kedatangannya, yang kita rasa tendangannya tiba-tiba kaku tidak bernyawa. Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang kau uji ..... Kepada ibu-ibu yang pernah mengalami pengalaman yang serupa, banyak-banyakkan doa dan sabar. Insya-Allah, anak-anak itu menjadi saham anda di akhirat kelak.

kredit kulit buku - PTS Publications

Saturday, May 16, 2009

Jom Baca Buku .....

Ini ada 2 buah buku yang aku dah baca. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini hasil tulisan Prof. Kamil Ibrahim, pensyarah perakaunan UiTM Johor. Dalam kesibukan menguruskan keluarga, hobi membaca dapat juga aku teruskan. Alhamdulillah, kesedaran beragama nampaknya berjaya melahirkan ramai golongan Prostaz atau Protaz (PROfesional-usTAZ). Golongan ini bukan lahir di pondok. Mereka juga bukan pemegang ijazah Syariah dari Mesir atau Jordan. Tetapi mampu menulis buku bernada agama yang mantap. Apa yang pasti dengan iman dan kekuatan beramal, orang golongan ustaz pun boleh jadi ustaz.

Sebaliknya tanpa kekuatan iman dan amal, memang susah hendak beramal. Namun selepas cahaya taufik dan hidayah itu datang menyimbah, segala-galanya berubah 180 darjah.


Travelog Haji : Lihat sahaja amalannya sewaktu mengerjakan haji. Seolah-olah ada janakuasa tambahan yang membantu beliau bangun awal-awal pagi untuk beribadat di Masjidil Haram. Bila saya baca buku ini, saya benar-benar berazam untuk memperbaiki & memperbanyakkan amal. Tak kiralah sama ada ketika di tanah suci ataupun di mana-mana saja kita berada. Semoga Allah meredhai & memudahkan urusan saya di dunia dan akhirat, Insya-Allah.

Travelog Dakwah: Ada bahagian dalam buku ini yang betul-betul meresap ke dalam hati. Dengan jalan cerita yang menarik dan gaya bahasa yang bersahaja, membuatkan saya 'masuk' dalam penceritaannya. Boleh memberi perangsang untuk beramal. Kerana terlalu asyik (layap, kata org Swak) membaca, sedar tak sedar dah pukul 12 tengah malam pun lom rasa mengantuk!

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers