Saturday, August 29, 2009

Menangani Anak Hiperaktif

Kanak-kanak lasak, sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini.

Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan apa-apa. Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD).

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.


Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik. Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.

* Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.

* Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda labelkan.

* Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan.

* Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

* Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.

* Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.

* Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif, agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.


Sumber: Serikasih.blogspot.com

4 comments:

  1. eemmm kita pun ada gak simpan artikel berkenaan kanak2 hyperaktif ni

    ReplyDelete
  2. ermmmm....ada gak positif nyer kanak2 aktif nih..kata org budak2 cam nih bijak kan..:)

    ReplyDelete
  3. wah lepas nie xmau rungut2 ler klu anak saya aktif..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers