Wednesday, August 19, 2009

Hidup = 3 Hari + 2 Nafas

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok ~ Hari yang belum pasti.


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. Dan semoga amalan kita pada hari esok adalah lebik baik dari hari ini

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya.

Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata, "setemnya akan dihantar kemudian".

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah swt dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa di dunia juga di akhirat kelak serta sentiasa di dalam rahmat Allah swt.

Sumber: tazkirahs.blogspot.com

6 comments:

  1. thankx aliah...info yg sngat bagus...

    salam ramadhan bt ahliah & family...

    ReplyDelete
  2. Sis-Lin,
    Insya-Allah, semoga sama2 dpt manfaat :)
    Salam Ramadhan juga utk Sis-Lin sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum jazakallah kerana menghantar bahan muhasabah yang bagus. Selamat menyambut Ramadhon al Mubarak, banyak bacaan Alquran , solat sunat terutama solat malam.Hidup kita akan bermakna jika kita menggunakan semua nikmat kesihatan dan kebendaan yg diberi Allah untuk mentaati perintah allah dan mengamal sunnah nabi s.a.w

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa & alhamdulillah kite masih d beri peluang utk menunaikan rukun islam ke 3, tahun ini.

    ReplyDelete
  5. ummu zulaikha,
    Wsalam wrt wbt. Al-hamd, semoga apa yg dibaca dapat dimanfaatkan bersama :D. Ramadhan datang dengan penuh pengertian, membawa bersama keberkatan, maghfirah, rahmat dan 1001 kebaikan. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan org2 yang rugi, Insya-Allah ...

    n.u.r.u.l,
    Selamat berpuasa juga untuk nurul & keluarga. Marilah sama-sama kita merebut anugerah pemberian Allah swt ini ;)

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers