Saturday, May 16, 2009

Jom Baca Buku .....

Ini ada 2 buah buku yang aku dah baca. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini hasil tulisan Prof. Kamil Ibrahim, pensyarah perakaunan UiTM Johor. Dalam kesibukan menguruskan keluarga, hobi membaca dapat juga aku teruskan. Alhamdulillah, kesedaran beragama nampaknya berjaya melahirkan ramai golongan Prostaz atau Protaz (PROfesional-usTAZ). Golongan ini bukan lahir di pondok. Mereka juga bukan pemegang ijazah Syariah dari Mesir atau Jordan. Tetapi mampu menulis buku bernada agama yang mantap. Apa yang pasti dengan iman dan kekuatan beramal, orang golongan ustaz pun boleh jadi ustaz.

Sebaliknya tanpa kekuatan iman dan amal, memang susah hendak beramal. Namun selepas cahaya taufik dan hidayah itu datang menyimbah, segala-galanya berubah 180 darjah.


Travelog Haji : Lihat sahaja amalannya sewaktu mengerjakan haji. Seolah-olah ada janakuasa tambahan yang membantu beliau bangun awal-awal pagi untuk beribadat di Masjidil Haram. Bila saya baca buku ini, saya benar-benar berazam untuk memperbaiki & memperbanyakkan amal. Tak kiralah sama ada ketika di tanah suci ataupun di mana-mana saja kita berada. Semoga Allah meredhai & memudahkan urusan saya di dunia dan akhirat, Insya-Allah.

Travelog Dakwah: Ada bahagian dalam buku ini yang betul-betul meresap ke dalam hati. Dengan jalan cerita yang menarik dan gaya bahasa yang bersahaja, membuatkan saya 'masuk' dalam penceritaannya. Boleh memberi perangsang untuk beramal. Kerana terlalu asyik (layap, kata org Swak) membaca, sedar tak sedar dah pukul 12 tengah malam pun lom rasa mengantuk!

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers