Tuesday, October 20, 2009

Detik Kelahiran Si Permata Hati

Once again aku dapat jugak abihkan satu buku yang best ni. Hadiah dari cik abe wehh, hik hik hik. Buku ini memuatkan cerita dan pengalaman ibu-ibu yang melahirkan permata hati mereka dengan pelbagai kaedah. Samada secara semulajadi, induce ataupun pembedahan (caesarean).

Dengan gaya bahasa yang bersahaja, membuatkan aku rasa enjoy bila membacanya. Ada diantara mereka yang tidak menghadapi masalah ketika melahirkan, tetapi ada juga yang berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan. Bagaimanapun itu merupakan 1001 pengalaman pahit manis yang tidak akan dilupakan oleh si ibu ketika melahirkan permata hati mereka.

Selain pengalaman ibu-ibu yang melahirkan anak mereka di dalam negara, terdapat juga ibu-ibu yang menceritakan pengalaman mereka ketika bersalin di luar negara. Dan dari apa yang aku baca, mereka (petugas perubatan) di sana amat menggalakkan proses kelahiran secara semulajadi, tanpa membabitkan bantuan perubatan.

As for me, Insya-Allah pengalaman yang bakal aku lalui untuk kali yang 3 ini membuatkan aku lebih bersedia dan relaks. Dan aku juga bersyukur ketika melahirkan kedua-dua cahayamata ku, aku tidak menghadapai masalah yang rumit. Sakit tu biasa laaaa ...... :D


6 comments:

  1. Uuu...masa beranak anak kedua aja, suami dah pesan, tak yah la beli buku...pakai pengalaman ajee...huhu

    ReplyDelete
  2. mmg bagus tambahkan pengetahuan waktu mengandung ni. Kita akan lebih bersedia menghadapi detik2 itu kan... hope awak menjalani tempoh mengandung yg indah~~~

    ReplyDelete
  3. It is such a benefricial book to read while the baby is growing healthily inside. Semoga Ummu Amar sihat selalu di sepanjang pregnancy ini. So belum tahu lagi lah yea the gender? Asalkan sihat syukur alhamdullilah..

    ReplyDelete
  4. buku yg bagus .. kena rembat satu nie..

    ReplyDelete
  5. Sitisifir10,
    Betui la tu, belajar melalui pengalaman ;)

    **Perfect Love**,
    Amin ... amin ya Allah. :)

    UmmiRosma,
    Setakat ni lom tau lagi kak, Insya-Allah next week pi check dah dpt tau kot :)

    EIJAM'S FAMILY,
    Beli ... jgn x beli. Hik hik hik :D

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas good review psl buku saya. Itu pun tujuan utama saya tulis buku Detik Kelahiran ni; nak bagi moms in Malaysia lebih aware dengan kaedah bersalin secara natural dan bukan hanya menyerahkan bulat2 kpd petugas perubatan yg menyambut kelahiran anak kita.

    Klu nak tgk lebih banyak pasal bersalin, saya seronok tengok "Baby Story" & "Deliver Me" kat Astro Channel 733-Discovery Home&Health. Seronok tgk diorg bersalin secara natural, dan boleh sambut sendiri anak diorg sebaik saja dilahirkan.

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers