Tuesday, August 11, 2009

Membantu Anak Bertutur

Walaupun telah memasuki umur dua tahun, namun anak anda masih tidak boleh bertutur dengan jelas. Perkara tersebut, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa pula sering membandingkan kebolehan anak sendiri dengan anak orang lain.

Sedangkan, pada hakikatnya, kanak-kanak membesar melalui fasa yang berbeza di antara kanak-kanak seusia dengannya.
Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembap jika si anak lebih lambat memperoleh kemahiran bertutur, membaca, bergaul dan berdikari berbanding dengan kanak-kanak lain.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang tidak berasa bimbang tentang prestasi intelek anak-anak mereka walaupun si anak memang lembap jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya.
Kadangkala, persekitaran dan cara ibu bapa yang tidak menggalakkan perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak-kanak lembap dari segi pencapaian bahasa, kemahiran sosial dan kebolehannya melakukan aktiviti.

Justeru, anda boleh mencuba beberapa tip yang boleh membantu anak-anak bertutur dengan cepat:


* Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari dalam perut atau ketika usia mereka masih bayi lagi.


* Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan ayat lain supaya anak mendapat peluang untuk memberi tindak balas.

* Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

* Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.


* Sediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.


* Dedahkan anak-anak dengan interaksi sosial. Ini kerana dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada anak-anak untuk mendengar perbualan.


* Banyakkan aktiviti seharian. Ini kerana ia dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa, antaranya mengemukakan soalan atau arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap dengannya.


* Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya tidak jelas, bantu mereka menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut oleh anak.

* Amalkan bercerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur.


* Bagi yang beragama Islam, berikan anak anda minum air zam-zam atau air daripada bacaan surah Yasin.


Sumber:
Serikasih.blogspot.com

11 comments:

  1. Mmm bagus info ni
    sy pun skrg tgh galak ajar anak saya ;-)
    dia pun dah pandai sebut2 walapu belum jelas

    ReplyDelete
  2. salam....selalu kalau cakap dengan cewad dia sengihhh jaaa....huhuhu..kalau nak dukungkan cepat ja dia menjerit....

    ReplyDelete
  3. satu lagi, bila cakap dengan dia orang yang nak belajar bercakap ni jangan cakap pelat2 atau bahasa2 manja dengan dia orang, cakap macam bercakap dengan orang dewasa gitu, itu yang akak selalu amalkan pada anak2 sebelum ni

    ReplyDelete
  4. Anak sebaya nie memang kiter kena rajin berkomunikasi dengan dier... Dan jgn ajar perkataan 'pelat'. Contohnya 'mamam','angan' and etc. Alhamdulillah, shiem selalu komunikasi dgn hadzeq. 2 thn ++ dier dah petah bercakap.. org yg mendengar pun terkejut... Memang petah~! Whatever, gud info...

    ReplyDelete
  5. tima kasih kak..
    klu anak lmbt ckp mmg risau..kadang kala org suka compared anak2 mereka..tp lepas dpt mulut..mcm bertih jagung..penat nak layan..ekeke

    ReplyDelete
  6. Good sharing. Thanks kak. 2 thumbs-up!

    ReplyDelete
  7. Anak no 2 kami dulu pun lambat bercakap, tapi bila dah bercakap... tu dia.. susah nak berhenti.. hihihihihi

    ReplyDelete
  8. tks kongsi info..amat berguna utk firas coz putera i tu lmbt gak cakapnya:)

    ReplyDelete
  9. ** Perfect Love **,
    Wish u best of luck ;)

    alimaz,
    Biasa la anak2 ni, depa nak manje2, hik hik hik

    Shibam Jelita & shiemz,
    Betul 3x. *Sambil angguk pale* :D

    syahadah & ummumishkah,
    Ha'ah ... betul tu. Anak akak dulu pon camtu gak. La ni macam mak nenek, hiksss

    Momma Mia,
    Thanx. Moga sama2 dpt manfaat :)

    zieha,
    Takpe, tahap pembelajaran setiap kanak-kanak ni berbeza. Lama2 nanti pandai la dia, Insya-Alah ;)

    ReplyDelete
  10. thank kak kongsi info.. saya pun gah dok bertukus lumus nak ajar umairah nie..

    ReplyDelete
  11. good tips.. err.. kalau anak suka isap jari macamana? baby husin sukaaaaaaaaa sgt hisap jari ler.. naik risau jadi habit sampai besar nanti..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers