Saturday, July 18, 2009

Dompet Dengan Gambar Bayi Akan Dipulangkan

BEG duit atau dompet yang mempunyai gambar bayi didalamnya mempunyai peluang untuk dikembalikan oleh orang yang menjumpainya, menurut kajian saintis.

Dalam kajian itu, pengkaji telah menggunakan 240 buah dompet yang kemudiannya diletakkan di jalan Edinburgh, United Kingdom tahun lepas untuk melihat dompet mana yang akan dikembalikan.

Sesetengah dompet diisi dengan gambar bayi, anak anjing, keluarga dan potret orang tua. Terdapat juga dompet yang menyatakan bahawa pemiliknya pernah membuat derma kebajikan dan sebagainya.



Professor Richard Wiseman, ahli psikologi yang mengetuai kajian itu menyatakan 42 peratus daripada dompet itu dipulangkan ke alamat yang tertera didalamnya.

Apa yang menarik ialah dompet dengan gambar bayi yang paling banyak dipulangkan oleh orang yang menjumpainya dengan 88 peratus daripadanya dipulangkan, diikuti dompet dengan gambar anak anjing iaitu 53 peratus. Sebanyak 48 peratus dompet dengan gambar keluarga dipulangkan dan hanya 28 peratus dompet dengan foto orang tua yang dikembalikan.


P/S: As a conclusion, letak le gambo baby ngkorang dalam wallet. Kalau hilang, ada can dapat balik, Insya-Allah .... hehehehe

Sumber: Utusan Malaysia

5 comments:

  1. Yeke...nak letak gak la..tapi x nak la hilang dompet... leceyyy... dah penah ilang skali.... huhu

    ReplyDelete
  2. shiemz,
    Huk alohh ... jgn le sampai ilang, hik hik hik :)

    ReplyDelete
  3. ada jugak yerk cam nie... nak letak ler gbr baby ku huhuhu

    ReplyDelete
  4. emm kalau boleh tak mo la ilang..

    re : tak perasan pulak ada yg menegur kat chat box...salam kenal...i follow u...

    ReplyDelete
  5. EIJAM'S FAMILY,
    Letak .. jgn x letak wehhh ;D

    suhaila-ab,
    Tu la, jgn sampai ilang, udoh le yee :)
    Marilah kita polo-memolo antara satu sama lain .. hiksss

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers