Friday, July 31, 2009

Amalkan Minum Air Panas

Melihat air sejuk di dalam gelas memang mengujakan. Terasa sejuk dan nyaman ketika air sejuk membasahi tekak. Apatah lagi ketika cuaca di luar panas terik. Namun, tanpa disedari amalan minum air sejuk selepas makan ini sebenarnya ada kaitan dengan jantung.

Secara logiknya, ada kebenaran di dalam kes ini. Jika diperhatikan, orang-orang Cina dan Jepun mengamalkan meminum air teh panas selepas makan. Berbeza dengan amalan yang selalu kita amalkan. Biasanya hidangan air sejuk dan berais lebih enak dinikmati selepas makan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah amalan yang tidak sihat ini.
Kepada sesiapa yang sering meminum ais, tidak dinafikan kita akan lebih merasai nikmatnya. Namun, ais sebenarnya akan membekukan makanan berminyak yang kita makan. Ia akan memperlahankan proses penghadaman. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran.

Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan lemak terkumpul dan kita akan menjadi semakin gemuk. Kegemukan atau obesiti ini pula boleh membawa kepada pelbagai penyakit bahaya.
Jalan terbaik bagi yang mahu bermula untuk mengubah amalan minum air ais adalah dengan menikmati semangkuk sup panas selepas makan, ataupun untuk lebih menjimatkan bagi mereka yang sering makan di luar, anda boleh cuba mengubahnya dengan cara meminum air panas atau suam setiap kali selepas makan.

Sumber: Serikasih.blogspot.com

P/S : Waaa, nak kene jaga-jaga nih. Buleh la tuko, setat amalkan air suam lepas makan.

7 comments:

  1. info yg paling berguna ... ummi pun sesekali curi minum air batu gak w/p hubby kata kalau boleh tolong elakkan minum air batu..

    ReplyDelete
  2. ais ni mmg tak bagus...tu yg kombang...huhu

    ReplyDelete
  3. sbnrnya minum air slps mkn pun tak elok juga untuk penghadaman. sebaik2nya tggu sekurang2nya setengah jam lps mkn baru minum air

    ReplyDelete
  4. ummi humaira,
    Hikss ... kita serupa . kita serupaa ;)

    POSH76,
    Tau takpe .. akekekeke ;P

    NaDiaH SiDeK,
    Ha'ah .. lepas 40 langkah pon buley gak.

    *Yang ni cane plak aku nak tulih nama dia ni*.
    Thanx a lot, bohot2 syukriya :)

    ReplyDelete
  5. mmg kat umah mmg tak masukkan air dlm fridge sbb tahu sure kita minum air dalam tu..tp bila kat luar ...mmg tak bole elak la minum ais ni..cuaca panas bebenor..

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers