Thursday, May 28, 2009

PEMAKANAN KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dijaga dan dibelai dengan sepenuh kasih
sayang. Pemakanan adalah satu faktor yang amat penting untuk mengukuhkan kesihatan,
menampung pembesaran dan memenuhi keperluan keperluan untuk melakukan aktiviti fizikal. Kanak-kanak perlu makanan untuk membesar dan menjalani proses pembesaran yang sihat.

Faktor yang menyumbang kepada berlakunya kekurangan berat badan dikalangan kanak-kanak diantaranya ialah kurang pengambilan tenaga (kalori) dan sumber protein. Selain daripada itu, masalah jangkitan cacing, jangkitan penyakit dan masalah kongenital juga merupakan antara punca masalah kekurangan berat badan.

Kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan kanak-kanak
Para ibu dan bapa jangan memandang ringan terhadap berat badan kanak-kanak. Perkataan ’tak apa nanti besar berat badan akan naik” perlu dikikis. Tidak dinafikan pemberian makanan di usia satu hingga enam tahun adalah sesuatu yang amat mencabar. Namun perlu diingat, pemberian makanan yang berkhasiat amat diperlukan oleh kanak-kanak di usia begini untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang semakin meningkat bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang sempurna. Antara kesan akibat kekurangan berat badan terhadap kesihatan ialah:
• Menjejaskan kecerdasan otak
• Mengganggu pertumbuhan fizikal
• Mengganggu perkembangan kanak-kanak
• Mudah dijangkiti penyakit

Panduan Memberi Makanan Kepada Kanak-Kanak Kurang Berat Badan.
• Adalah digalakkan ibu menyusukan anak-anak dengan susu ibu selama enam
bulan secara eksklusif dan teruskan sehingga berumur dua tahun.
• Elakkan daripada memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan
tenaga seperti air kosong, teh, kopi dan sup kosong.
• Pastikan anak-anak diberi makan sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari.
• Tambahkan sedikit minyak, marjerin atau menggunakan santan dalam masakan
contoh semasa menumis bawang, atau memasukkan santan semasa membuat
bubur nasi.
• Pelbagaikan jenis makanan mengikut panduan Piramid Makanan Malaysia.

Ubah Suai Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
Kanak-kanak yang kurang berat badan perlu makan makanan yang tinggi kalori (tenaga)
untuk meningkatkan berat badan ketahap berat badan normal mengikut umur. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh ibu semasa menyediakan makanan anak-anak. Antaranya:

Menangani Anak yang Tidak Selera Makan
Masalah ini kerap berlaku dikalangan kanak-kanak yang berusia satu hingga enam tahun.
Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, antaranya:
• Terlalu banyak bermain
• Tiada kawan
• Masalah kesihatan
• Masalah gigi rosak
• Jenis makanan dan cara masakan yang sama.

Ibu dan bapa perlu memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak makan. Antaranya:
• Galakkan anak makan bersama-sama ahli keluarga.
• Makan bersama-sama rakan sebaya.
• Hidangkan makanan beraneka warna dan bentuk yang menarik.
• Elakkan dari memarahi anak semasa makan.

Tanggungjawab ibu bapa amat berat. Namun ibu bapa jangan mudah putus asa untuk
melayani kerenah anak-anak. Ini kerana anak yang sihat merupakan tonggak utama masa
depan negara. Semoga anda dapat menjadi ibu bapa yang berjaya. Insyaallah.

Oleh: Puan Nor Azah Ahmad
Penolong Pengarah Kanan(Pemakanan)

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur


Sumber : Klik sini

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers