Wednesday, May 20, 2009

Kepintaran Anak Dari Pelbagai Sudut

Kajian di Universiti Harvard mendapati kanak-kanak mempamerkan keistimewaan atau kepintaran melalui banyak cabang misalnya bahasa, matematik, muzik, gambaran, fizikal dan sosial.

Seperti kata seorang cendekiawan: "Semua kanak-kanak adalah pintar, hanya sesetengah daripada mereka memperlihatkannya sedikit lewat daripada yang lain"

Ibu bapa boleh memainkan peranan amat penting untuk mendedahkan keistimewaan yang terpendam atau mengembangkan bakat sedia ada melalui pengalaman yang diberikan kepada anak-anak di rumah. Berikut antara cara untuk mencungkil keistimewaan anak:

Biarkan anak mencari sendiri minatnya. Beri perhatian kepada aktiviti yang ia pilih di waktu lapang. Semua ini dapat memberi petunjuk kepada anda mengenai bidang yang paling diminatinya.

Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman. Ini mungkin akan membangkitkan keistimewaannya yang terpendam selama ini. Jangan sesekali membuat kesimpulan anak tiada kelebihan dalam sesuatu bidang jika dia belum menunjukkan minat.

Beri peluang kepada anak untuk membuat kesilapan. Jika ia dipaksa melakukan sesuatu tanpa kesilapan, ia akan membesar tanpa berani mengambil risiko yang sepatutnya untuk mencari dan mengembangkan keistimewaannya.

Kemukakan pertanyaan. Bantu anak menjelajah keajaiban alam ini dengan bertanya kepadanya soalan yang merangsangkan pemikiran. Contohnya, kenapa langit berwarna biru? Cari jawapannya bersama-sama anak.

Rancangkan satu projek kreatif khas yang membabitkan semua ahli keluarga. Perkongsian kreativiti boleh membangkit dan mengembangkan bakat baru.

Jangan memberi tekanan kepada anak untuk belajar. Jika anak dihantar untuk mengikuti pelajaran khas setiap hari dengan harapan untuk mengembangkan keistimewaannya, mereka mungkin akan menjadi terlalu tertekan dan letih untuk menyerlah. Beri galakan tetapi jangan memberi tekanan.

Sumber : Harian Metro

2 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers