Saturday, August 22, 2009

Tip Ibu Bapa - Kucup Anak Setiap Hari

Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga. Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.
Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

# Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.


# Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan

# Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.


# Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.


# Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.


# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.


# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.


# Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.


# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.


# Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.


# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.


# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.


# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


# Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.


Sumber: Serikasih.blogspot.com

11 comments:

  1. assalamualaikum..salam ramadhan..
    semoga ramadhan kali ini lebih bererti..

    ReplyDelete
  2. opss..lupe..tahniah for the great news...

    ReplyDelete
  3. Thanka ahliah ttg info nie... mang bagus.. banyak jugak yg shiem amalkan dr info yg ahliah share kan kat sini... :D

    ReplyDelete
  4. ummi afifah,
    Wsalam wrt wbt. Sama2 lah kita memburu ganjaran yg dijanjikan Allah kepada hamba2Nya yg mahu merebut peluang ni, Insya-Allah :). Hiksss, al-hamd, mekasih. Doakan semuanya selamat ya...

    shiemz,
    Sharing is caring, x gitu ?? :D

    ReplyDelete
  5. Walla good sharing. Thanx dear!!

    ReplyDelete
  6. salam......betul tu kalau kita selalu peluk dan cium anak2 ni........mereka akn rasa sentiasa disayangi.......

    Alhamdulillah saya masih mempraktikkan amalan peluk dan cium pipi sehingga sekarang walaupun mereka skang dh dewasa....dan sentiasa sebut "I luv u"...pada anak2.

    Info yg sgt2 berkesan......thx.

    ReplyDelete
  7. Momma Mia,
    Its OK .... sama2 kita amalkan ye ;)

    mimie loma,
    Al-hamd, bagus ..... semoga kita sama2 dpt bentuk baiti jannati :)

    ReplyDelete
  8. menarik untuk ibu bapa baruu..

    ReplyDelete
  9. salam..banyak nyer tip2 yg berguna kat blog ni..maaf ya..saya nak copy paste ya

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers