Tuesday, May 12, 2009

Pasal Aku

Aku ni full time housewife. Dulu masa belom kawen aku ni karier woman *cam best jek ayat*. Then lepas kawen terus pencen. Takpe la, sebab bagi aku jaga family & anak-anak adalah tanggungjawab yang sangat-sangat utama. Aku tanak la anak-anak aku membesar dengan tangan orang lain. Takut-takut kang tak kenal mak bapak sendiri.

Buat masa ni anak aku ada 2 orang, sepasang tuuu ... Al-hamdulillah. Yang sulung Nur Ai'syah Nadheerah, yang no. 2 Muhamad Amar Nazeer. Oleh sebab masa aku bersalinkan yg no. 2 tu kakak dia baru setahun setengah, cakap pun pelat, dia panggil Amai je .... hehehehe. Amai pon amai lahh ... janji rock.

























Ni lah permata hatiku ..... *Tapi nakalnya, Masya Allah*


Aku dok kat Kuching, Sarawak. Lama dah dok sini, since 2002, lepas hubby aku abih buat master dia kat UK. Hmm ... masa memula tu, jenuh jugak le nak blajo bahasa Sarawak ni. Hubby aku tukang gelak bila aku silap tatabahasa. Ampeh ... takpe, sabo .. saboo. Practice makes perfect. So, la ni dah kira master la cakap Sarawak ni ..... *membangga diri la pulok*. Sesapa yang berminat nak blajo bahasa Sarawak ngan aku sila la, no problemo. hehehehe.

Hmm ... bila dah dok kat Sarawak ni baru aku tau suku kaum yang ada kat sini. Sebelum ni aku selalu terkompius dengan suku kaum yang kat Sabah tu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. So, dalam blog aku ni aku nak story mori la serba sedikit pasal kaum-kaum yang ada kat Sarawak ni. So .... layannnnn ....

No comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers