Ada ibu bapa mengikut apa saja kehendak si anak apabila minta dibelikan barang mainan. Ada juga yang sanggup berhabis ratusan bahkan ribuan ringgit semata-mata memenuhi keperluan anak yang sukakan barang mainan mahal. Ada pula anak yang masih kecil itu langsung tidak tahu menghargai barangan mainan yang dibelikan.
Berikut antara kaedah untuk menangani masalah anak supaya lebih berhemah menyimpan barangan permainan mereka:
# Sediakan bilik khusus untuk menyimpan barangan permainan anak kerana bilik sedemikian menyenangkan anda dan anak berkemas.
# Mengajar anak supaya bertanggung jawab mengemaskan kembali barangan yang sudah disepahkan. Anda boleh menjadikan mengemas itu perbuatan yang menyeronokkan.
# Anda juga boleh memberikan syarat supaya mereka mengemas kembali permainan selesai bermain. Menyediakan ruang khas untuk bermain juga digalakkan.
# Ajar anak menyimpan barangan permainan mereka menerusi pelbagai cara misalnya mengemas sambil menyanyi.
# Ada juga ibu bapa yang menggalakkan anak menyimpan barang mainan dengan memberi upah.
# Sediakan barangan permainan yang mencukupi buat mereka. Dalam soal menyediakan barangan itu, ia tidak semestinya mahal memadai dengan kemampuan. Oleh itu, anak tidaklah bereksperimen dengan barangan yang menjadi impian mereka sebaliknya mereka mungkin lebih memahami keadaan diri keluarga seadanya.
#Tanamkan sikap berjimat cermat amat supaya anak lebih tahu erti kesusahan. Katakan kepada anak betapa ada orang yang hidup susah tidak mampu membeli barangan walaupun harganya murah.
# Bermain bersama mereka ertinya, ibu atau ayah dan adik-beradik yang lain bermain bersama anak dalam permainan yang mungkin boleh menguji minda. Keadaan itu akan mengubah suatu permainan yang membosankan menjadi sesuatu yang sangat menarik. Anak sangat suka apa pun jenis permainan yang dimainkan bersama orang yang disayangi. Naluri ingin tahu anak-anak akan menjadikan mereka cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran sekali gus kurang menyepah atau merosakkan barangan.
# Jangan merendah-rendahkan anak di depan umum. Secara psikologi, ia mungkin menyebabkan anak-anak berasa rendah diri atau tidak disayangi. Ini mungkin menyebabkan dia melampiaskan rasa marah dengan membuang barangan sesuka hati. Berkat usaha ibu bapa yang mengajar anak dengan sabar dan lemah lembut, diiringi sifat kasih sayang bakal menjadikan anak seorang yang bijak menghargai.
Sumber : Serikasih.blogspot.com
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..ermm nak je..copy info ni..untuk informasi bersama ya...
ReplyDeleteina .. apa khabar lama tak chat dengan nko .. sehat???? Cuti panjag ni nko berjalan ke??
ReplyDeleteUMILIYA,
ReplyDeleteSila ... sila, tak kene bayo pon .. hehehe :D
zaharah,
Aku ngan anak2 sihat, Al-hamd. Ko lak ?. Tak gi memana mek, pusing2 bandar je .. :P