Sunday, November 22, 2009

Ibu Lahirkan Bayi Lelaki Seberat 6.15 Kilogram

ALOR SETAR: Seorang ibu berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 6.15 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di sini, dipercayai bayi terbesar pernah dilahirkan di negeri ini.

Wanita berkenaan, Aishah Bee Yassin, 35, dari Changloon, Kedah melahirkan bayinya yang juga anak kelima dengan dibantu seorang doktor dan beberapa kakitangan pusat perubatan berkenaan, jam 2 pagi tadi.
"Saya mula sakit hendak bersalin jam 10 malam dan suami telah menghantar ke sebuah hospital di Jitra tetapi mereka tidak mahu terima kerana sudah terlewat.

"Oleh itu, saya dibawa ke sini dan akhirnya selamat melahirkan anak kelima kami," katanya di sini hari ini.
Aishah berkata sepanjang tempoh kehamilannya, dia langsung tidak berselera untuk menjamah nasi sebaliknya hanya makan buah kedondong dan minum susu sahaja. "Saya makan buah kedondong sebanyak satu kilogram setiap hari serta minum susu. Kalau tidak dapat buah itu, saya jadi marah-marah," katanya.

Sementara itu, suaminya, Mohd Ali Khan Ghazali, 41, berkata dia terkejut apabila diberitahu bahawa anak kelimanya itu direkodkan seberat 6.15 kilogram kerana menyangka berat bayinya hanya sekitar empat kilogram sahaja.
"Saya agak terkejut kerana sebelum ini anak keempat kami iaitu Nor Hashimah paling berat ketika dilahirkan iaitu lima kilogram tapi adiknya ini lebih berat.

Bagaimanapun, saya bersyukur apabila doktor mengesahkan anak saya sihat," katanya.
Selain bayi itu, Ali yang bekerja sebagai ajen pengimport mempunyai empat anak iaitu Mohd Amirudin Mohamed, 13, Nor Hafisah Mohamed, 12, Mohd Nazirul Mubin Mohamed, 10 dan Nor Hasyimah Mohamed, 6. - Bernama

Sumber :
Berita Harian

p/s : Gambo kat atas tu, baby tu ngan atuk ngan nenek dia. Pn. Normah ngan En. Ghazali kamal. ;D. Errr, 6 kg ??? gullpp ..*telan air liur sat*


4 comments:

  1. salam Ahliah
    kekuasaan Allah menghendaki sesuatu , maka berlaku lah, akak dpt bayangkan macamana peritnya melahirkan anak sebesar tu , coz anak bungsu akak dulu lahir seberat 4.1 kg pun , aduuuuussssss..

    pakabo baby didlm sana ?

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum kak..

    Subhanallah! Whoo~

    Belum pernah jumpa dengan baby seberat itu. Mesti berat kan si ibu menanggung si bayi dalam perut, 6 kilo lebih tu.

    Tapi tak silap di negara lain dulu ada kelahiran bayi seberat 10 kilogram. Beratnya..

    Allahuakbar!

    Besarnya pengorbanan si ibu.

    ^_^

    ReplyDelete
  3. huwaa beratnyer..bersalin normal pulak..! hermm kuasa Allah, dipermudahkan segalanya.. ^_^

    ReplyDelete
  4. tulah, kuasa Allah... walau 6kg pun blh kluar secara normal.

    p/s: sy anak first 4.65kg, normal. huh~

    ReplyDelete

Blog Widget by LinkWithin

Jantung Hatiku .....

Lilypie - Personal pictureLilypie

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers