Buat masa ni anak aku ada 2 orang, sepasang tuuu ... Al-hamdulillah. Yang sulung Nur Ai'syah Nadheerah, yang no. 2 Muhamad Amar Nazeer. Oleh sebab masa aku bersalinkan yg no. 2 tu kakak dia baru setahun setengah, cakap pun pelat, dia panggil Amai je .... hehehehe. Amai pon amai lahh ... janji rock.

Ni lah permata hatiku ..... *Tapi nakalnya, Masya Allah*
Aku dok kat Kuching, Sarawak. Lama dah dok sini, since 2002, lepas hubby aku abih buat master dia kat UK. Hmm ... masa memula tu, jenuh jugak le nak blajo bahasa Sarawak ni. Hubby aku tukang gelak bila aku silap tatabahasa. Ampeh ... takpe, sabo .. saboo. Practice makes perfect. So, la ni dah kira master la cakap Sarawak ni ..... *membangga diri la pulok*. Sesapa yang berminat nak blajo bahasa Sarawak ngan aku sila la, no problemo. hehehehe.
Hmm ... bila dah dok kat Sarawak ni baru aku tau suku kaum yang ada kat sini. Sebelum ni aku selalu terkompius dengan suku kaum yang kat Sabah tu. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. So, dalam blog aku ni aku nak story mori la serba sedikit pasal kaum-kaum yang ada kat Sarawak ni. So .... layannnnn ....


No comments:
Post a Comment